Tips Memastikan Fail Dan Dokumen Di Google Drive Kemas Dan Tersusun
Bagi anda yang kerap menggunakan platform Google Drive bagi menyimpan tugasan kerja ataupun peribadi, sudah tentu anda akan melihat lambakan dokumen dan juga fail yang mungkin tidak susun. Ini mengakibatkan anda sukar untuk mencari fail yang berkaitan selain turut menjadikan ia penuh dengan fail yang mungkin tidak lagi diperlukan.
Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda tips dalam memastikan fail dan dokumen di dalam Google Drive sentiasa kemas dan tersusun.
Susun Dan Tetapkan Nama Fail Mengikut Kod
Namakan fail atau dokumen berdasarkan tugasan yang dilakukan. Sebagai contoh, anda melakukan skrip untuk perbentangan anda, makanya anda boleh menamakan dokumen tersebut sebagai ‘Tarikh-Skrip-Tajria‘.
Dengan ini, anda boleh mengetahui, bilakah skrip tersebut diterbitkat, dan untuk apakah ia dilakukan. Dengan cara ini juga, anda boleh menyusun atau sorting dengan mudah di Google Drive.
Bukan itu sahaja, nda juga boleh menggunakan cara lain seperti meletakkan tajria-fail atau sekadar artikel-0012 dan lain-lain yang lebih mudah difahami atau diingati.
Buat Fail Dan Sub-Fail
Tujuan fail ini dibuat adalah untuk anda mengasingkan tugasan anda dengan mudah. Untuk lebih mudah adalah anda meletakkan Tahun sebagai fail utama untuk kerja anda.
Kemudian di dalamnya, sediakan sub-fail yang bersesuaian seperti bahagian utama seperti nama jenama ataupun nama projek.
Di dalamnya pula, barulah anda asingkan mengikut tugasan seperti artikel, video, slaid dan lain-lain.
Dengan adanya sub-fail, ia membantu anda menyusun dan mengklasifikasikan fail anda ke dalam kumpulan yang lebih kecil dan lebih spesifik.
Tambahkan Warna Untuk Proses
Apa yang dimaksudkan dengan warna? Warna ini digunakan sebagai petunjuk visual yang bersesuaian kepada fail di dalam Drive anda.
Sebagai contoh, anda boleh menukar warna pada ikon fail yang memberikan gambaran, projek telah siap dengan ikon berwarna hijau, projek yang sedang dalam proses berwarna oren dan projek yang baru mula dan aktif berwarna hijau.
Untuk menukarnya, anda boleh ke halaman panel sisi dan pilih Change Color. Kemudian pilih warna yang anda mahukan. Dengan cara ini juga, ia memudahkan anda untuk mengakses tugasan pada amsa akan datang.
________________________________________________________________________
Berikut adalah tiga tips utama yang dapat membantu anda menyusun dokumen dengan lebih baik dan teratur.
Selain itu juga, anda boleh meletakkan bintang atau Stars kepada fail atau dokumen yang kerap anda gunakan. Ia kemudiannya akan dipindahkan ke fail lain dengan tajuk Starred. Dengan cara ini, anda akan lebih mudah untuk mengakses senarai semua dokumen yang perlukan secara kerap.