Bermula 1 April 2021, jenama fesyen Hennes & Mauritz atau lebih dikenali sebagai H&M kini berkerjasama dengan Zalora untuk pasaran Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Kolaborasi ini bertujuan untuk memperluaskan penawaran fesyen sama ada secara fizikal dan juga atas talian. Sebelum ini, H&M telahpun hadir dengan kedai atas-talian sendiri iaitu hm.com. Namun untuk kolaborasi ini mereka melihat potensi besar untuk pertumbuhan masa depan yang besar jika berganding bahu bersama Zalora.
Bukan itu sahaja, bersama-sama Zalora juga, ia dikatakan dapat membantu industri fesyen dalam memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan yang bagi menjamin kelestarian dan juga relevan untuk pasaran global.
Bercerita mengenai kelestarian lagi, H&M cukup dikenali dengan penawaran fesyen untuk pelbagai rangkaian umur termasuk wanita, lelaki dan kanak-kanak yang mana menampilkan juga variasi pilihan gaya bermula dari santai sehingga ke formal.
Melalui kolaborasi ini, Zalora kini menjadi platform atas talian yang pertama di Malaysia yang menawarkan koleksi dari H&M. Bagi anda yang berminat, bermula 1 April sehingga 3 April 2021, semua pembeli di H&M X Zalora Malaysia, anda boleh menikmati diskaun membeli-belah sebanyak 20% dengan perbelanjaan minima RM159. Selain itu, anda juga boleh menerima pulangan tunai sehingga 10% untuk perbelanjaan terpilih.