Carian
Tempoh Penguraian Plastik- Mengapa Malaysia Menerima Sisa Dari Negara Luar?
April 2, 2021 Lina Rosli

Tempoh Penguraian Plastik- Mengapa Malaysia Menerima Sisa Dari Negara Luar?

Isu mengenai sisa plastik ini telahpun wujud sejak dahulu lagi yang mana untuk setiap plastik yang digunakan akan mengambil masa ratusan hingga jutaan tahun untuk diurai.

Bercakap mengenai proses penguraian juga, terdapat beberapa cara yang digunakan untuk memproses sisa plastik ini seperti memproses produk menggunakan bahan larutan ataupun menghapuskannya menggunakan suhu yang tinggi.

Walau bagaimanapun, sekadar 9% hingga 20% daripada keseluruhan sisa plastik sahaja dapat dikitar semula dan selebihnya akan dihapuskan melalui kaedah pembakaran iaitu sekitar 12% dan 79% pula berakhir di tempat pembuangan sampah ataupun di lautan yang mendorong kepada pencemaran plastik setiap tahun.

Sebelum bercerita lanjut mengenai plastik, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada berapa lama untuk produk yang berasaskan plastik akan mengambil masa untuk diuraikan selepas tidak lagi digunakan.

Berikut adalah jenis produk berasaskan plastik:

Beg plastik

Tempoh masa untuk jenis produk ini terurai adalah sekitar 10 hingga 20 tahun untuk satu helai beg plastik. Jadinya, jika hadir dalam lambakan yang banyak dan juga bertimbun, sudah tentu ia akan memerlukan masa hingga 1000 tahun untuk mengurai di tapak pembuangan sampah. Tetapi beg plastik yang kita gunakan dalam kehidupan seharian memerlukan.

Cawan Kopi

Bagi anda yang kerap minum kopi panas, tahukah anda ia akan memakan masa sehingga 30 tahun untuk satu cawan diuraikan. Ia merupakan cawan yang biasanya kelihatan seperti cawan plastik tetapi sebenarnya ia hadir dengan lapisan membran plastik yang menyukarkan ia untuk dihapuskan.

cup of coffee

Straw

Berbanding beg plastik dan juga cawan plastik, straw adalah yang plaing sukar sekali untuk terurai. Satu straw plastik boleh mengambil masa sehingga 200 tahun untuk diurai. Mengapa sedemikian? Berbanding plastik biasa, ia diperbuat daripada bahanpolietilena terephthalate, atau PET yang hampir tidak dapat dihancurkan. Walau bakteria juga tidak mampu untuk menghancurkannya.

pink green and yellow plastic straw lot

Botol Dan Cawan Plastik

Sama seakan straw juga, botol juga kebanyakannya diperbuat daripada PET yang mana ia mempunyai ikatan kimia yang menjadikannya lebih utuh dan sukar untuk dihancurkan. Ia mengambil masa sehingga 450 tahun untuk musnah.

water bottle in water

Bukan itu sahaja, kesan daripada tempoh masa yang panjang juga, anda akan melihat lebih banyak bahan kimia toksik yang dilepaskan ke alam sekitar dan lebih cenderung ditelan oleh hidupan liar laut yang rentan.

Lampin Pakai Buang Dan Berus Gigi

Untuk lampin pula, dianggarkan sekitar 20 bilion lampin pakai buang yang ditemui di tempat pembuangan sampah di seluruh negara setiap tahun yang turut membawa kepada penghasilan 3.5 juta tan sampah.

Tempoh masa yang diambil untuk menghapuskan lampin ini memakan masa sehingga 500 tahun selain akan menghasilkan toksin seperti metana dan gas yang boleh mencemarkan air.

Berus gigi pula diperbuat dari plastik polipropilena dan nilon yang boleh mengambil masa sehingga 500 tahun atau lebih untuk menguraikannya.

Mengapa Malaysia Menjadi Pusat Lambakan Plastik Kitar Semula?

Tahukah anda bahawa Malaysia ditangga kedua dengan kuantiti penggunaan plastik tertinggi di Asia? 

Bukan itu sahaja, Malaysia juga menerima eksport sampah plastik daripada UK yang menjadikan jumlah sisa negara kepada 65,316 tan. 

Greenpeace Malaysia juha mendedahkan, Malaysia telah menjadi tapak pembuangan baru untuk kitar semula plastik dari lebih 19 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Mengapa Malaysia menjadi pusat lambakan plastik kitar semula? Salah satu sebabnya adalah disebabkan sampah yang sebelum ini dihantar ke China untuk dikitar semula kini telah diharamkan. China telah mengumumkan pengharaman eksport ke negara mereka sejak tahun 2018.

Oleh itu, ia kini dihantar ke Malaysia yang mana dikatakan dieksport secara haram kerana dilihat akan ‘menguntungkan’ negara kita. Menurut pengusaha kilang haram, mereka akan menghapuskan dengan membuang atau membakar mana-mana bahan plastik yang sukar untuk diproses sebab lebih murah berbanding wujudkan proses kitar semula yang lebih mesra alam.

Sebelum ini, kerajaan telahpun hadir dengan Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik yang dikuatkuasa pada tahun 2020. Ia bagi menjadi panduan dan rujukan kepada semua agensi penguatkuasaan bagi menyeragamkan aktiviti penguatkuasaan di kawasan masing-masing oleh agensi yang berkaitan untuk memerangi dengan lebih efektif lagi kemasukan sisa plastik haram.

Sumber: Rnggt, WWF, Pelacase, Science Mag

Komen