Carian
Tips Untuk Membersihkan Mesin Kopi – Elakkan Alergi Dan Reaksi Kesihatan
April 2, 2021 Lina Rosli

Tips Untuk Membersihkan Mesin Kopi – Elakkan Alergi Dan Reaksi Kesihatan

Untuk menghasilkan secawan air yang kopi yang sedap, pastinya ia memerlukan biji kopi yang enak, susu yang berkualiti dan juga mesin yang baik.

Ketiga-tiga elemen ini penting untuk anda yang mementingkan kesempurnaan pada hidangan kopi anda. Oleh itu, apa yang perlu anda buat adalah memastikan biji kopi dan susu disimpan di dalam keadaan yang baik.

Untuk mesin pula, apa yang penting adalah kebersihan di setiap komponen lebih-lebih lagi pada saluran keluar cecair, bekas meletakkan kopi dan bermacam lagi. 

clear glass container

Jadi hari ini, Tajria ingin berkongsi kepada anda tips untuk membersihkan mesin kopi yang boleh anda praktikkan.

Mengapa Perlu Membersihkan Mesin Kopi Secara Kerap?

Apabila anda mengisi air dan dibiarkan untuk tempoh yang lama, anda akan perasan yang mana terdapat mendakan air pada bahagian bawah bekas. Oleh itu, ia perlu dibersihkan bukan sahaja diluar, malah di dalam mesin juga.

Mendakan dan penumpukan yang kelihatan sebenarnya adalah bahan mineral seperti kalsium dan magnesium yang terkumpul sewaktu pemanasan mesin.

Tips Untuk Membersihkan Mesin

Untuk pembersihan, ia sebenarnya bergantung kepada jenis mesin kopi anda sama ada manual atau kompleks. 

Cara mudah untuk menghilangkan limescale di rumah adalah dengan:

  1. Menggunakan asid sitrik untuk larutan pencucian.
  2. Isi takungan dengan nisbah 2:4 iaitu, dua sudu untuk asid sitrik dan 4 cawan untuk air.
  3. Kemudian, siram larutan pada mesin dengan air sekurang-kurangnya dua kali untuk membuang sisa.
  4. Lap dan keringkan setiap bekas atau komponen yang dicuci supaya selepas membasuh. Hal ini kerana, jika tidak dikeringkan dengan betul, ia akan menyebabkan karat ataupun apabila penggunaan seterusnya, ia akan menyebabkan serbuk kopi terlekat pada bekas yang lembab.
  5. Ulangi proses pembersihan ini setiap 3 hingga 4 bulan untuk mengelakkan penumpukan degil. Hasilnya, anda akan mendapatkan minuman kopi yang enak dan berkualiti.

Elakkan menggunakan cuka putih ketika membersih. Hal ini kerana, cuka mengandungi sejumlah besar asid asetik yang merupakan bahan kimia agresif yang boleh menghakis. Tambahan jika menggunakan cuka juga, ia akan hadir dengan bau dan rasa cuka jika tidak dibilas dengan betul.

Komen