Carian
Nikmati Menu Pilihan Anda Di Taco Bell Cyberjaya Bermula Hari Ini
April 2, 2021 Lina Rosli

Nikmati Menu Pilihan Anda Di Taco Bell Cyberjaya Bermula Hari Ini

Terkini, Taco Bell kini boleh mula didapati oleh semua di Cyberjaya. Ia menyediakan pelbagai jenis taco, burito seperti makanan segar mengikut Crunchy Taco Supreme, Crunchwrap Supreme, Chicken Quesadilla, Grilled Stuft Burrito, Loaded Nachos dan banyak lagi. 

Bagi anda yang tidak begitu mengenali Taco Bell, ia adalah rangkaian makanan segera yang berasal daripada Californina yang menyajikan makanan ala Mexico.

Bercerita mengenai menu Mexico juga, Taco Bell hadir dengan hidangan yang boleh diperibadikan mengikut pilihan dan citarasa anda sendiri. Lebih-lebih lagi untuk vegan, anda boleh menukar bahan protein kepada kacang hitam.

Bersempena pembukaan kedai ini juga, Janda boleh mendapatkan “Bell Rice Bowl”, yang menampilkan sambal buatan Malaysia dan juga Cinnamon Twists dan Chocodilla khusus untuk para pelanggan di Malaysia.

Untuk mencubanya, ia dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 11.00 malam yang mana anda juga boleh memilih sama ada untuk makan hidang atau bawa pulang.

Berikutan situasi Covid-19 juga, restoran ini nampaknya hadir dengan SOP yang ketat termasuk jumlah tempat duduk yang boleh memuatkan 50 orang, selain memastikan kebersihan dan sanitasi tempat makan setiap 30 minit.
 

Komen