Cendol adalah pemanis mulut yang mana mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia hadir dengan rasa manis dan lemak yang saling melengkapi. Bahkan, ia juga sangat sesuai untuk dihidangkan ketika cuaca panas dan juga selepas melakukan aktiviti yang lasak.

Namun, tahukah anda bahawa cendol ini boleh dijumpai di kebanyakan negara di Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, selatan Thailand, Filipina, Vietnam dan Indonesia.

Jadi, apakah yang menjadikan pemanis mulut ini unik?

Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda serba sedikit mengenai cendol seperti siapakah yang menciptanya dan bagaimana ia mula diperkenalkan.

Asal Usul Cendol - Bagaimana Idea Ini Menjadi Popular?

Cendol, Chendul atau Chendol, itulah antara nama yang digunakan oleh kebanyakan individu di Malaysia. Untuk anda yang mungkin tidak begitu mengetahui apakah bahan yang diperlukan untuk menyediakan cendol, ia sebenarnya hadir dengan beberapa bahan asas seperti santan, mi hijau yang diperbuat daripada tepung beras, tepung, pandan, air kapur dan juga pewarna hijau selain menampilkan air gula merah, dan juga hiasan seperti kacang merah dan juga jagung.

white soup in white ceramic bowl

Idea cendol ini sebenarnya berasal dari Indonesia iaitu di Kepulauan Jawa yang dikenali sebagai dawet. Ia mula hadir menjelang abad ke-12 namun mula dicatat pada awal abad ke-19 menerusi manuskrip Jawa Serat Centhini. 

Di Malaysia pula, ia mula dijumpai pada tahun 1932 yang mana pada ketika itu ia ditulis pada naskhah surat khabar Saudara. Ia mungkin berasal dari pusat pelabuhan Tanah Melayu seperti Melaka dan Pulau Pinang pada abad ke-20. Mereka hadir dengan kargo yang berfungsi sebagai pangkalan untuk pelbagai minuman dan pencuci mulut. 

Pada awalnya, cendol ini dihidangkan di dalam kelompok petani kerana ia manis dan ditambah lagi dengan ketulan ais yang mana sangat sesuai disediakan selepas berpenat lelah bercucuk tanam.

Cendol juga telah berkembang secara berbeza untuk setiap negara. Sebagai contoh, di Indonesia, cendol hanya merujuk pada jeli pandan yang disajikan dalam santan. Manakala di Singapura, cendol dihidangkan bersama kacang merah dan jagung manis yang dicampurkan seperti ais campur.

green leaves in clear glass jars

Untuk pengetahuan anda juga, cendol sekarang telahpun diisytiharkan sebagai makanan warisan Malaysia oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia pada tahun 2013.

Variasi Cendol Mengikut Negara

Berikut adalah beberapa senarai cendol yang boleh anda ketahui:

Vietnam

Ia disebut Chè Ba Màu yang bermaksud pencuci mulut tiga warna. Ia juga membawakan jeli beras hijau di atas kacang hijau tumbuk diikuti dengan kacang merah. Ketiganya dicampurkan dengan ais hancur dan santan.

Thailand

Pencuci mulut ini disebut Lot Chong yang mana disajikan dengan sejuk. Ia juga minuman disajikan dengan cara yang sama hanya dengan satu sudu teh sirap gula aren yang menjadikan pencuci mulut itu berwarna coklat.

Malaysia

Cendol di Malaysia hadir dengan topping yang banyak seperti jagung, kacang merah, teh susu, sirup, kacang tanah dan jeli ubi kayu.

Filipina

Untuk cendol di filipina, ia menggunakan susu cair, gelatin dan perasa pandan berserta ais krim vanila. Ia disediakan di dalam cawan.

________________________________________________________________________

Persamaan dan perbezaan yang ditampilkan di dalam cendol ini adalah berikutan gaya hidup dan pemakanan untuk sesetengah negara. Namun, itulah yang menjadikan cendol ini unik selain menjadi pilihan orang ramai.

Sumber: Saveur, IpohGo, Mashable

 

Lihat profil
Lina Rosli

1165 artikel di Tajria.