Ketahui Jenis Keju Di Pasaran – Manakah Yang Anda Gemari?

Seperti yang anda sedia maklum, keju adalah salah satu produk yang berasaskan tenusu yang mana ia dihasilkan secara meluas dari segi rasa, warna dan juga tekstur. Ia sangat popular dalam hidangan di negara luar seperti Perancis dan juga Itali.

Keju juga merupakan sumber kalsium yang baik selain menawarkan kebaikan dalam penyembuhan luka dan juga menstabilkan tekanan darah.

Terdapat beberapa kumpulan keju yang boleh anda ketahui. Kumpulan ini dikelaskan mengikut tekstur, kelembapan dan juga nutrien yang terkandung.

Kumpulan Keju Yang Ditawarkan Di Pasaran

Untuk pengetahuan anda, perbezaan untuk kumpulan keju ini sebenarnya bergantung kepada jenis susu yang telah dipasteurkan dan juga kaedah yang digunakan untuk penapaian keju termasuk proses menampilkan kulat pada hasil keju.

Berikuta adlaah beberapa kumpulan keju yang boleh anda dapatkan:

  1. Keju keras atau hard cheese
  2. Keju separa keras atau semi-hard cheese
  3. Keju segar
  4. Keju berasaskan kambing
  5. Keju dengan tompokan kulat biru
  6. Keju dengan tompokan kulat putih

Perbezaan Keju – Apakah Jenis Keju Yang Dibawahnya?

Di setiap kumpulan keju ini, terdapat beberapa jenis keju dibawahnya yang mana ia mempunyai tempoh pemprosesan dan penapaian yang berbeza seperti:

Keju Keras

Untuk keju keras, iabiasanya mempunyai rasa yang lebih kuat dan flavourful. Antara contoh keju dibawahnya adalah Parmesan atau turut dikenali sebagai Parmigiano, Pecorino, Machego dan Grana Padano

assorted pile of cheese

Disebabkan teksturnya yang keras, ia biasanya memerlukan anda untuk memarut dan disediakan di dalam masakan. Bercerita mengenai jangka atau tempoh penapaian dan penerapan hampir 2 tahun.

Keju Separa Keras

Sementara keju separa keras pula, ia hadir dengan penawaran yang lebih variasi yang mana ia menampilkan keju untuk masakan dan juga sebagai pelengkap hidangan roti, pastri dan banyak lagi.

Antara keju yang boleh didapati dibawahanya adalah cheddar, gouda, havarti dan juga gyureye. Keju jenis ini biasanya mempunyai kelembapan yang sedikit dan juga menampilkan warna yang lebih terang. Dari aspek rasa pula, ia dikatakan hadir dengan rasa seakan buah-buahan yang segar.

Proses penapaian untuk keju ini adalah sekitar 1 hingga 6 bulan.

Keju Segar

Berbanding keju yang lain, keju ini mempunyai rasa yang lebih lembut dan kenyal yang mana ia kerap digunakan di dalam masakan. Dibawah kumpulan keju segar, ia membawakan keju seperti cream cheese, mozzarella, feta, ricotta dan juga burrata.

Bagi sesetengah jenis produk tenusu segar, ia sering digunakan di dalam masakan yang mana ia boleh menbantu memekatkan tekstur kuah dan menghasilkan kepekatan kuah yang lebih konsisten dan rasa yang lebih baik.

Keju berasaskan kambing

Keju ini pula hadir denga tekstur yang berkrim dan berbeza rasa dengan produk tenusu yang lain. Keju kambing ini terdapat dalam pelbagai rasa yang mana ia adalah sedikit lebih masin dan rapuh. Keju yang ditawarkan adalah Chevre, White mould dan Blue Cheese.

Walaupun dibuat menggunakan proses pembekuan dan penapaian yang sama seperti keju yang diperbuat daripada susu lembu, keju berasaskan kambing mempunyai kandungan nutrien yang berbeza seperti sumber magnesium yang baik selain berfungsi sebagai alternatif hypoallergenic bagi mereka yang alergi terhadap keju yang terbuat dari susu lembu.

Keju dengan tompokan kulat biru

Untuk keju dengan tompok kulat biru ini biasanya ditawarkan pada harga yang lebih mahal. Penampaiannya mengambil masa sekitar 4 hingga 6 bulan. Dari segi tekstur pula, ia mempunyai kelembapan yang tinggi, lebih berkrim dan mudah untuk hancur.

bolognese cheese beside herbs

Untuk pengetahuan anda, keju biru diperbuat menggunakan acuan biru seperti Penicillium roqueforti dan Pencillium glaucum. Acuan dalam keju biru, tidak seperti keju putih yang mana kulat ini dimasukkan ke dalam massa keju melalui jarum panjang sekaligus menampakkan corak celoreng di dalam keju.

Antara jenis keju biru yang popular adalah gorgonzola, castello creamy blue, roquefort, stilton dan danish blue.

Keju dengan tompokan kulat putih

Sementara, keju putih diperoleh daripada acuan putih spesies Penicillium camemberti dan Penicillium candidum. Secara kasarnya, keju ini memperlihatkan keju dengan spora cendawan di luarnya. 

baked bread

Keju ini juga biasa dijumpai dan dihasilkan dari wilayah Perancis yang diperbuat daripada susu lembu. Untuk jenis ini, ia hadir dengan tektur keju yang keju yang paling halus dan enak. Ia juga mempunyai rasa lembut dan tidak terlalu berbau dengan kandungan lemaknya sekitar 40 hingga 50%.

Contoh keju dibawahnya adalah brie, camembut dan creamy brie.

______________________________________________________________________

Akhir sekali, untuk penawaran keju ini sebenarnya ia dicipta secaratidak sengaja oleh masyarakat zaman dahulu. Ia ditemui semasa proses pengeluaran susu segar oleh haiwan seperti kambing biri-biri, kambing, lembu, dan kerbau. Bukan itu sahaja,  bagi memastikan susu lebih tahan lama, ia dijadikan keju dahulu kerana ia dapat memelihara susu.