KFC Zesty Crunch – Ayam Hot & Spicy Dipadankan Bersama Sos Chimichurri

Selepas hadir dengan ayam edisi terhad seperti Butter Cereal Chicken dan juga Tandoori Chicken, kini KFC membawakan satu lagi menu baru yang dinamakan KFC Zesty Crunch bersempena sambutan Ramadan yang bakal tiba kelak.

Untuk menu baru ini, ia menampilkan ayam Hot & Spicy yang disaluti dengan hirisan limau, daun ketumbar, daun pasli dan juga bawang putih. Sudah tentu, ia akan menawarkan rasa yang yang asli yang berempah yang enak dipadankan bersama sos chimichurri yang sedikit masam, pedas dan manis . 

Bagi anda yang ingin mendapatkannya, ia ditawarkan di semua rangkaian restoran KFC ataupun pesanan melalui aplikasi KFC di Malaysia mulai 6 April 2021. Anda boleh menikmati set Kombo 2 Ketul, Kombo 3 Ketul dan juga Box Meal pada harga bermula RM15.99.