Ikuti Tips Ini Untuk Membersihkan Kerusi Bean Bag Di Rumah Anda
Penggunaan bean bag chair atau kerusi beg kekacang sebagai perabot dan hiasan dalaman rumah kini semakin menjadi pilihan orang ramai. Hal ini kerana, saiznya yang selesa selain sesuai diletakkan di ruang rekreasi dengan lebih bergaya.

Bagi anda yang tidak mengetahui apa itu kerusi beg kekacang, ia sebenarnya adalah beg kain besar yang diisi dengan kacang polistirena. Ia direka oleh Piero Gatti, Cesare Paolini dan Franco Teodoro pada tahun 1969. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan contoh kerusi anatomi kerana bentuk kerusi ditetapkan oleh pengguna sama ada ingin membaringkannya ataupun menegakkannya.
Kaedah Penjagaan Kerusi Beg Kekacang
Sebelum bercerita lanjut mengenai kerusi beg kekacang, tahukah anda kerusi ini mempunyai pelbagai kelebihan penggunaan lebih-lebih lagi bagi anda yang ada isu berkenaan kesihatan otot dan sendi.
Antara kelebihan penggunaan kerusi ini adalah:
- Ia membantu memulihkan postur tubuh anda disebabkan saiz dan bentuknya yang boleh diubah-ubah.
- Kerusi beg kekacang juga sesuai digunakan untuk anda yang kerap melakukan kerja di hadapan komputer untuk tempoh yang lama kerana ia boleh mengurangkan rasa sakit belakang kerana tabiat duduk yang buruk.
- Mengurangkan sakit otot dan sendi. Ia membantu menenangkan rasa sakit dan memberi sokongan optimum dari kepala hingga kaki dengan cara yang tidak dapat dilakukan perabot lain.

Bagaimana cara untuk memastikan beg kekacang kekal baik?
Oleh kerana polistrena atau Styrofoam yang digunakan sebagai pengisi tidak boleh terkena air, makanya anda perlu keluarkannya sebelum mula membasuh..
Kekerapan pembersihan bergantung pada jumlah penggunaan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai anak kecil atau haiwan perliharaan di dalam rumah, sudah tentu anda perlu membasuhnya dengan lebih kerap.
Untuk membersihkan tumpahan kotoran:
- Vakum dulu keseluruhan kerusi beg kekacang.
- Lap kotoran dengan air suam dan kemudian sapukan sabun pembersih baju.
- Gosok menggunakan pemberus gigi dengan perlahan.
- Kemudian lap lagi menggunakan kain mikrofiber bagi menghilangkan sabun. Anda juga boleh bilas pada kawasan yang kotor.
- Setelah bersih, maka keringkan di ruang yang terkena matahari.

Penjagaan kerusi beg kekacang jika diletakkan di luar:
- Sekiranya anda menggunakan beg kacang di luar, letakkan di dalam ruang yang tertutup ketika sudah tidak digunakan lagi. Ia bagi memastikan beg kekacang tersebut tidak terkena hujan dan berkulat.
- Sekiranya anda mendapat penutup beg kekacang kalis air, pastikan anda keringkannya semula selepas hujan berhenti supaya menghindarkannya daripada berbau busuk jika anda sering berada di tempat yang lembap.
- Selalu periksa permukaan tempat meletakkan beg kekacang, jangan letakkan di permukaan basah atau kasar.
- Jangan biarkan beg kacang anda terkena sinar matahari kerana warnanya akan pudar.
Berikut adalah beberapa tips untuk menjaga dan mengurus kerusi beg kekacang yang boleh anda praktikkan. Selamat mencuba!