5 Tips Fesyen Untuk Anda Yang Bertubuh Kecil
Untuk tampil bergaya, ia memerlukan beberapa eksperimentasi dalam menjadikan ia berjaya selain menyerlahkan lagi penampilan anda.
Jika sebelum ini, Tajria pernah berkongsi kepada tips pemilihan seluar yang bersesuaian dengan wanita saiz plus size. Kali ini nampaknya kami menampilkan pula tips fesyen yang boleh anda praktikkan lebih-lebih lagi bagi anda yang bertubuh kecil atau petite.
Pilih Baju Atau Gaun Bercorak
Mengapa pemilihan pakaian yang bercorak dapat menyerlahkan gaya harian anda? Jawapannya, motif corak dan bercetak ini akan memberikan proposi tinggi dan berat badan yang ideal.
Walau bagaimanapun, pastikan anda memilih corak yang kecil seperti motif bunga kecil atau polka dot kecil kerana ia tidak akan mengganggu bingkai tubuh anda. Sekiranya anda memilih corak lebih besar dari itu, ia mungkin akan membuat anda kelihatan rendang dan tidak menarik.
Pastikan Baju Anda Tetap Pada Bahu
Untuk anda yang mempunyai tubuh yang kecil, elakkan daripada menggunakan baju dengan rekaan besar pada bahu.
Bukan itu sahaja, anda juga tidak disarankan menggunakan seluar baggy kerana ia memberi kesan kepada keseimbangan badan seperti tubuh tampak lebih kecil.

Pakai Seluar Atas Dari Waistline
Memakai seluar atas daripada garis pinggang akan memberikan kesan yang lebih tinggi kepada anda. Hal ini kerana, seluar akan kelihatan lebih panjang sekaligus menampilkan keseimbangan yang baik untuk bahagian abdomen atas dan juga kaki.
Untuk wanita petite juga, seluar jenis kembang dibawah akan menambah panjang pada kaki anda kerana mereka tidak berhenti di pergelangan kaki seperti seluar jeans.
Cari Kasut Yang Bersesuaian
Akhir sekali, pemilihan kasut yang bersesuaian akan mengubah ketinggian wanita petite. Kasut platform adalah cara terbaik untuk menambah beberapa inci tambahan berbanding memakai stiletto dalam gaya harian.
Elak Bawa Beg Besar
Wanita petite harus menumpukan perhatian untuk bahagian atas tubuh, jadi idealnya anda tidak membawa beg di bawah pinggul anda. Ia bagi mengelakkan fesyen anda pada bahagian bawah tubuh sekaligus menjadikan anda kelihatan lebih pendek.
Untuk beg, anda boleh memilih beg jenis crossbody. Apa yang penting ialah memilih panjang tali yang tepat untuk tali bahu anda.
______________________________________________________________________
Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti. Apa yang penting adalah anda perlu yakin pada diri dan sentiasa cari idea dan inspirasi untuk berfesyen mengikut bentuk badan. Selamat mencuba!