Kyochon Tampil Dengan Logo Baru Yang Lebih Minimalis
Kyochon baru-baru dilihat telah melancarkan jenama semula dengan identiti yang lebih segar. Restoran ini memperkenalkan logo baharu yang menampilkan teks dan penggunaan tulisan yang lebih jelas dan minimal.

Jika sebelum ini, jenama ini menggunakan huruf kecil untuk ‘Kyochon’ selain turut menampilkan tahun 1991 pada logo. Namun kini, restoran makanan Korea ini nampaknya telah mengubahnya kepada penggunaan huruf besan dan meletakkan lambang seakan senyuman di bawah huruf ‘O’ selepas huruf ‘H’.

Secara keseluruhan, paparan ini tampak relevan dengan trend masa kini yang mana kebanyakan jenama sudah mula menukar logo mereka kepada sesuatu yang lebih mudah untuk dibaca dan diingati.
Bagi anda yang kerap mengunjungi Kyochon, sudahkah anda perasan akan perubahan logo ini? Apakah pendapat anda mengenai logo yang diperkenalkan?