Raikan Ramadan Bersama Quaker Oats – Tips Untuk Kekal Bertenaga

Seperti yang anda sedia maklum, oat adalah makanan yang sangat sinonim untuk menu dan hidangan yang boleh memberikan anda tenaga untuk tempoh masa yang lama. 

Oleh itu, Quaker Oat Malaysia baru-baru ini hadir dengan sebuah kempen Rasa Kuat Rasa Sayang bersempena Ramadan yang bakal tiba. 

May be an image of text that says "QUAKER Rasa Sayang Rasa Kuat 佳格 WHOLE OATS QUAKER QUAKER # QUAKER ASLI OAT MENGANDUNGI ZAT BESI UNTUK IMUNITI SAJIKAN QUAKER OATS SETIAP HARI BUAT YANG TERSAYANG DI BULAN RAMADAN INI #RasaQuakerKuat"

Melalui kempen ini, Quaker Oat berkongsi yang mana ia hadir dengan kandungan serat dan protein yang tinggi berbanding biji-bijian lain. Bukan itu sahaja, oat juga mengandungi beberapa komponen unik lain seperti beta-glukan, serat dan juga merupakan agen antioksidan yang baik untuk tubuh.

Antara manfaat yang boleh didapati melalui pengambilan oat termasuklah menurunkan kadar gula darah dan kolesterol, perlindungan terhadap kerengsaan kulit dan mengurangkan sembelit.

Tips Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan

Untuk kekal kenyang dan bertenaga, sudah tentu anda memerlukan kandungan serat yang tinggi. Oleh itu sediakan menu sahur anda dengan hidangan yang penuh serat tinggi seperti oat.

Anda boleh mendapatkan 5 gram atau lebih serat setiap hidangan dan kemudian tambahkan protein di dalamnya untuk tenaga seperti yogurt

Anda juga boleh menambah sesuatu yang unik dengan oat anda seperti telur, udang atau tuna ke dalam menu oat dan jadikannya sebagai bubur.

Selain itu, anda juga boleh jadikan oat di dalam smoothie sarapan pagi. Campurkan buah, jus, yogurt, kurma dan juga kekacang bagi anda yang gemarkan sesuatu yang lebih ringan.

Bersama-sama kempen ini juga, Quaker Oat bersama dengan Chef Anis Nabilah hadir dengan sebuah rancangan Ramadan yang boleh diakses di web menjelang pertengahan April ini. Chef Anis akan menunjukkan beberapa resipi menarik yang boleh anda cuba bersama keluarga dalam menyediakan menu sahur dan juga berbuka kelak.

Bagi anda yang berminat, jangan lupa untuk cuba dan raikan Ramadan bersama Quaker Oat Quick Cook, Instant Oatmeal dan juga Rolled Oat. Sediakan hidangan kegemaran anda bersama keluarga dan kekal bertenaga bersama Quaker Oat.