Lina Rosli Diterbitkan 8 April 2021

5 Tips Memastikan Pokok Orked Anda Kekal Cantik Dan Segar

5 Tips Memastikan Pokok Orked Anda Kekal Cantik Dan Segar

Bunga orked ataupun nama saintifiknya Phalaenopsis adalah antara bunga yang menjadi pilihan kebanyakan individu masa kini. Ia disebabkan penawaran warnanya yang menarik selain ia hadir dengan bau tanaman yang sungguh menyegarkan.

Walau bagaimanapun, penjagaan pokok bunga orked mungkin mencabar bagi sesetengah individu. Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi perkara dan tips yang boleh anda praktikkan sewaktu menjaga orked agar ia kekal segar dan cantik.

selective focus photography of purple moth orchids during daytime

Letakkan Di Kawasan Yang Mempunyai Sumber Matahari

Biasa anda lihat, kebanyakan individu akan meletakkan bunga orked di halaman luar rumah. Namun, harus diingatkan yang mana anda tidak boleh meletakkan bunga tersebut dibawah matahari langsung. Apa yang perlu dibuat adalah, letakkannya di kawasan berdekatan tingkap, dan hadapkannya ke kawasan yang terdapat cahaya pagi yang bukan terik. 

Untuk mengetahui sama ada bunga orked anda berada di dalam keadaaan, anda akan mendapati bahawa daunnya mesti berwarna hijau zaitun yang cerah. Hal ini kerana, jika daunnya berwarna gelap, maka tanaman tidak mendapat cahaya yang mencukupi, sementara daun berwarna merah bermaksud terlalu banyak terdedah kepada cahaya.

white orchid in clear glass vase

Tempatkan Di Ruang Yang Tidak Terlalu Panas, Tidak Terlalu Sejuk

Suhu yang disarankan untuk meletakkan bunga orked adalah sekitar 20 hingga 24 celsius untuk waktu siang dan 16 hingga 18 celcius pada waktu malam.

Suhu yang. kerap turun naik boleh menyebabkan tunas rosak selain mengganggu sistem pertumbuhan bunga anda.

Kerap Bersihkan Bahagian Bunga Yang Telah Layu Atau Rosak

Potong pucuk atau daun uang telah rosak. Hal ini kerana, selepas anda memotong bahagian yang rosak, ia akan tumbuh bahagian baru yang lebih kuat sekaligus dapat mengahsilkan bunga yang lebih mekar dan besar.

Selalunya pucuk yang dipotong akan menghasilkan putaran bunga yang lain dalam masa 8 hingga 12 minggu.

Waktu Penyiraman Yang Sistematik

Anda disarankan untuk menyiram pokok bunga orked anda dengan air suam setiap sekali dalam seminggu. Namun, jika suhu adalah sangat terik, anda perlu menyiramnya dengan lebih kerap.

Gunakan tuala kertas untuk menyerap lebihan air untuk mengelakkan akar dari reput. Bukan itu sahaja, pastikan pasu bunga anda mempunyai saliran yang baik.

Untuk baja, anda digalakkan untuk menyediakan satu larutan yang menyajikan satu sudu teh baja dan satu gelas air yang perlu diberikan setiap sekali sebulan. Anda boleh menggunakan baja seperti kalium dan fosforus.

Menyediakan Gabungan Tanah Yang Betul

Kebiasaannya, orang lebih gemar untuk tidak menyalin bekas dan terus meletakkan pokok bunga orked yang dibeli sebagai hiasan. Kebanyakkan kedai pokok telah menanam orked pada masa yang lama yang mana ia mengakibatkan saluran air dalam tanah menjadi lebih mampat dan sukar untuk dilalui. Oleh itu, anda  perlu anda perlu menggemburkan semula tanah yang ada sebelum diletakkan sebagai hiasan.

_____________________________________________________________________

Apabila anda ingin menjaga pokok orked, terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi kadar survival mereka iaitu cahaya, air dan suhu. Oleh itu, kenali pokok anda untuk ketahanan yang lebih lama.