Carian
Apakah Perbezaan Di Antara Semut Kayu Dan Anai-Anai?
April 8, 2021 Lina Rosli

Apakah Perbezaan Di Antara Semut Kayu Dan Anai-Anai?

Pernahkah anda menjumpai dua serangga perosak ini di rumah anda? Semut kayu dan juga anai-anai adalah antara serangga yang kerap merosakkan perabot kayu dan juga dinding kayu di rumah lebih-lebih lagi apabila tiba waktu sejuk.

Latar Belakang Semut Kayu Dan Anai-Anai

Semut kayu atau lebih dikenali sebagai Camponotus dan anai-anai atau nama saintifiknya Isoptera berkongsi beberapa persamaan iaitu menyebabkan kerosakan kayu di rumah.

Anai-anai dilihat hadir dengan ukuran saiz yang hampir sama dengan kebanyakan spesies semut besar. Oleh sebab itu, mereka lebih mudah untuk memakan dan masuk ke dalam kerangka kayu di rumah anda.

brown and white rock formation

Namun, bagaimana anda boleh mengetahui sama ada yang merosakkan rumah anda adalah semut kayu atau anai-anai?

Jawapannya adalah perbezaan dari segi bentuk fizikal mereka seperti bentuk badan, warna, sayap dan antena mereka.

Sebagai contoh, untuk bentuk badan anda boleh perhatikan bahagian perut mereka. Anai-anai tidak mempunyai pinggang dan badannya kelihatan lebih segi empat tepat. Sebaliknya, semut tukang kayu mempunyai pinggang sempit yang menampakkan bentuk yang kononnya kelihatan ramping.

Manakala untuk antena pula, anai-anai mempunyai antena manik lurus, sementara itu, antena semut tukang kayu dibengkokkan yang kelihatan seperti siku yang patah.

Apa yang paling berbeza adalah warna. Semut kayu mempunyai nama yang kemerah-merahan atau berwarna gelap dan sering dilihat di tempat makan mencari makanan. Sementara, anai-anai pula berwarna putih yang jernih dan mereka seringkali akan mengelakkan cahaya. Anai-anai jarang diperhatikan kecuali sarangnya terganggu.

Kesan Kerosakan Akibat Anai-Anai Vs Semut

Untuk pengetahuan anda, semut kayu hanya menggali kayu untuk menggali sarangnya. Mereka tidak memakan kayu tetapi hanya mengeluarkan habuk kayu yang tersisa yang mana anada akan melihat timbunannya di luar perabot anda.

Semut kayu juga akan mencari kayu lembap dan rosak untuk menggali sarangnya dan tidak seperti anai-anai, meraka akan mengunyah kayu yang sihat.

holes on brown wooden surface

Selain itu juga, anda akan melihat laluan yang sangat halus untuk semut kayu. Jika dibandingkan dengan anai-anai, ia akan kelihatan kasar dan compang-camping kerana dipenuhi lapisan tanah dan lumpur.

Bagaimana Untuk Mengawal Kehadiran Anasir Perosak?

Oleh kerana semut dan anai-anai tukang kayu sangat berbeza, langkah-langkah kawalan yang berkesan juga berbeza untuk setiap. Semut kayu boleh dibersihkan sendiri jika anda mempunyai kelengkapan rumah yang biasa, tetapi serangan anai-anai biasanya memerlukan kawalan profesional.

Sekiranya anda mempunyai serangga bersayap di rumah atau bangunan anda, lebih baik anda mengumpulkan sampel untuk dikenalpasti. Sampel tersebut boleh digunakan untuk membandingkan dengan foto dan grafik bagi mengetahui teknik pengendalian dan rawatan yang disyorkan.

Komen