Pernahkah anda terkeliru akan daun-daun seperti daun ketumbar dan daun sup yang sering digunakan di dalam masakan?
Atau anda pernah berada di dalam situasi yang mana hidangan terasa tidak lengkap disebabkan kurangnya satu daun yang penting? Jika ya, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda beberapa jenis daun yang dan digunakan di dalam masakan.
Apakah fungsi daun ini di dalam masakan?
Untuk pengetahuan anda, dengan menambahkan sama ada daun segar atau daun kering ke dalam resipi anda, ia akan menampilkan rasa yang lebih menyeluruh. Ia bukan sahaja rasa, tetapi juga meningkatkan aroma untuk setiap hidangan anda.
Kebiasaannya, daun jenis ini adalah bahagian tanaman yang berdaun dan tidak mempunyai batang berkayu. Ia hadir dalam kategori segar atau kering. Secara umumnya, daun jenis kering mempunyai aroma yang lebih kuat berbanding yang segar.
Daun Selasih
Untuk pengetahuan anda, daun selasih turut dikenali sebagai basil. Ia adalah antara daun yang paling kerap digunakan di dalam masakan. Hal ini kerana, ia mempunyai aroma daun yang segar selain memberikan rasa yang cukup istimewa.
Untuk daun selasih, ia banyak dijumpai di dalam hidangan barat seperti dicampurkan di dalam sos pasta dan juga pesto.

Namun, untuk hidangan tempatan, ia banyak digunakan di dalam masakan yang seperti laksa, mi celup, variasi jenis kerabu, lauk masak lemak cili api dan banyak lagi.
Daun Salam
Daun salam atau nama lainnya adalah bay leaves sering digunakan di dalam masakan bagi mendapatkan rasa seakan ‘woodsy’ kepada sos, rebusan, sayur-sayuran atau panggangan.
Daun salam yang kering biasanya terdapat di pasar raya dan lebih murah berbanding yang segar. Masukkan daun salam pada awal proses memasak untuk menarik rasa mereka. Keluarkan sebelum dihidangkan. Untuk daun salam juga, ia banyak digunakan di dalam masakan Cina yang berasaskan sup.
Daun Ketumbar
Tidak dinafikan untuk daun ketumbar, ia sangat popular dalam kalangan penggemar masakan yang pedas seperti hidangan Thailand ataupun hidangan tempatan sendiri.
Pastikan anda tidak terkeliru akan daun sup dan juga daun ketumbar. Untuk daun sup, ia biasanya mempunyai akar yang kecil dan jenis berserabut. Manakala, daun ketumbar pula akarnya bersaiz lebih besar dan jenis akar seakan-akan akar tunjang.

Selain itu, daun ketumbar juga digunakan dalam masakan seperti salsa, sup dan tomyam, kari hijau dan banyak lagi. Bukan sahaja boleh didapati dalam bentuk daun, ia. turut hadir dalam bentuk biji ketumbar iaitu buah kering dari tanaman dan banyak digunakan dalam masakan Asia.
Serai
Serai mempunyai rasa dan aroma lemon-masam. Biasanya digunakan untuk mencicipi teh dan sup. Selain itu, serai turut popular dalam penggunaan masakan yang lain seperti sambal tumis, masak lemak, kerabu dan juga tomyam.

Untuk menggunakan serai, potong bahagian atas dan bawah, lepaskan lapisan luar dan pangkalan putih. Anda boleh hiris, titik ataupun kisar mengikur resipi. yang ingin disediakan.
Oregano
Oregano juga disebut marjoram liar kerana rasa dan aromanya yang lebih kuat dan pedas. Oregano kering adalah pengganti yang baik untuk segar. Oregano sangat baik dalam hidangan berasaskan tomato termasuk sos pizza dan daging. Ia juga sesuai dengan rasa sayur-sayuran.

Daun Pasli
Parsli adalah ramuan yang sedikit pedas dan berperisa segar yang digunakan untuk membumbui pelbagai hidangan, dan sering digunakan sebagai hiasan.
Salah satu perkara yang paling menarik tentang parsli adalah bahawa ia boleh didapati hampir di mana saja sama ada segar atau kering. Ia juga mudah untuk tumbuh dan sempurna untuk taman rumah. Pasli segar merupakan pilihan yang sempurna untuk penambahan minit terakhir pada hidangan, menyediakan tekstur, warna dan pecah rasa bersih lebih-lebih lagi untuk hidangan seperti panggangan.

Daun Rosemary
Rosemary mempunyai rasa kuat yang rasanya sedikit seperti lemon. Daun rosemary sering digunakan dengan daging, sos tomato, kentang, sup, sayur-sayuran, ikan dan kuah untuk spaghetti. Kedua-dua segar dan kering memberikan rasa dan aroma yang kuat.
Bukan itu sahaja, rosemary juga adalah sejenis tanaman yang tahan lasak dan mudah tumbuh tak kira di dalam mahupun di luar rumah. Makanya, tidak hairanlah mengapa ia mudah untuk didapati di pasaran.

Daun Kari
Daun kari merupakan tumbuhan yang daunnya sering dipakai sebagai pelengkap masakan kari. Bentuk daun kari ini hampir sama dengan daun salam, tetapi ukurannya lebih kecil dan baunya lebih tajam.
Daun kari juga banyak digunakan di dalam makanan seperti masak Kam Heong, masak kicap, sambal tumis dan lain-lain.

Daun Kunyit
Untuk daun kunyit pula, ia mempunyai lebar daun yang cukup besar dan teksturnya sangat halus. Masakan yang sering menggunakan daun kunyit adalah rendang, masak lemak cili api, masak ungkep dan juga sup kerang.
Dalam penyediaan makanan, ia biasanya akan digunting kecil ataupun diikat dan dimasukkan ke dalam hidangan makanan anda.

________________________________________________________________________
Berikut adalah beberapa jenis daun dalam masakan yang boleh dikatakan agak mengelirukan. Di harap dengan perkongsian ini, anda boleh mengetahui serba sedikit mengenai penggunaan daun-daun ini di dalam masakan. Selamat mencuba!