Sejarah Pin Dawai – Ideanya Terhasil Gara-Gara Ingin Melunaskan Hutang
Safety pin atau nama lainnya adalah pin dawai adalah salah satu produk yang masih lagi relevan hingga masa kini. Rekaannya tidak banyak berubah dan masih lagi kelihatan sama dengan waktu pertama kali ia dicipta.
Penggunaan pin dawai ini biasanya anda akan lihat ketika anda ingin merapatkan atau menyambung antara satu kain ke kain yang lain. Malah, bukan sekadar pada pakaian, ia turut disediakan di dalam peti pertolongan kecemasan yang mana disediakan bagi membantu memegang balutan dengan lebih baik dan kuat.
Asal Usul Pin Dawai
Pencipta pin dawai ini merupakan seorang mekanik yang bernama Walter Hunt. Beliau sebelum ini telah hadir dengan pelbagai produk baru yang berguna untuk kegunaan harian. Di antara inovasinya yang paling terkenal adalah pen, riffle, pengasah pisau, batu buatan dan juga bajak ais.
Idea untuk pin dawai ini terhasil pada tahun 1849 apabila Hunt sedang memutar sepotong dawai kawat dan cuba memikirkan sesuatu yang akan membantunya melunaskan hutang 15 dolar.
Dia mula memutarkan dawai logam sehingga dia membuat alat yang disebutnya “pin pakaian,” dengan mata di satu hujung dipusingkan dan satu lagi bahagian yang menahan titik pin di dalam sarung pelindung. Beliau kemudian menjual hak patennya ke pin dawai dengan harga 400 dolar kepada lelaki yang dia berhutang.
Walau bagaimanapun, terdapat sejarah dahulu yang mengatakan pin dawai ini sebenarnya merupakan inovasi daripada kerajaan Rom Purba terdahulu. Ahli arkeologi mengatakan yang mana pin dawai ini telah disebut sebagai fibula. Ia pertama kali diciptakan pada Zaman Gangsa di Eropah namun terdapat beberapa kekeliruan mengenai tempat yang tepat di mana penemuan ini berlaku.
Fibula ini terdiri daripada dua pin lurus. Salah satu pin ini akan membentuk busur dan sebelah lagi mempunyai lubang di satu hujungnya ada cangkuk kecil yang boleh memegang sesuatu. Penggunaan fibula menjadi popular pada abad ke-12. Ia digunakan secara meluas pada jenis pakaian baru yang mana ia hanya perlu disematkan dan tidak lagi perlu dijahit.
________________________________________________________________________
Pin dawai mempunyai ratusan kegunaan yang lain termasuk penggunaan sewaktu memasang lampin dan pakaian seperti blaus, kemeja dan jaket, dan bahkan sebagai komponen perhiasan.
Walaupun penggunaan pin dawai ini sangat meluas dan dihasilkan pada kadar yang besar, namun apa yang agak menyedihkan adalah penjualan ciptaan itu tidak memberikan apa-apa kebaikan pada penciptanya iaitu Walter Hunt. Akibat dia menjual paten tersebut kepada individu yang lain, Hunt tidak pernah menjana apa-apa pendapatan daripada ideanya.
Sumber: Penn Museum, Lemerson Mit