Carian
Amalan Pemakanan Sihat Sewaktu Ramadan – Rutin Untuk Sahur
April 12, 2021 Lina Rosli

Amalan Pemakanan Sihat Sewaktu Ramadan – Rutin Untuk Sahur

Pastinya ramai yang sedia maklum yang mana amalan pemakanan sihat amatlah penting dalam memastikan tubuh anda mendapat nutrien dan juga khasiat yang secukupnya.

Sama seperti sarapan pagi, pengambilan makanan yang baik untuk sahur akan menjamin kesegaran di samping tenaga yang mencukupi untuk anda melaksanakan aktiviti harian.

orange and yellow analog alarm clock at 11:03

Namun, apakah yang terkandung di dalam amalan pemakanan yang sihat untuk sahur?

Hadkan Pengambilan Kopi Dan Teh

Mulakan hari anda dengan pengambilan air mineral yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari.

Elakkan daripada meminum kopi atau teh yang kerana ia mengandungi gula yang memungkinkan anda kerap membuang air kecil secara berterusan dan dikhuatiri badan anda akan mengalami kesan diuretik sehingga boleh menyebabkan dehidrasi.

Elakkan Makanan Bergoreng Dan Berminyak

Anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang bergoreng kerana ia akan menyebabkan anda dehidrasi sekaligus akan membuatkan anda dahaga dan memerlukan banyak air.

Malahan, kebanyakan makanan bergoreng ini juga mempunyai kandungan garam atau sodium yang tinggi. Oleh sebab itu, ia akan menyebabkan tubuh menggunakan lebih banyak air kerana sel-sel tersebut telah kehilangan kandungan air akan membuatkan badan anda kekurangan air.

two white ceramic plates on brown wooden table

Gantikan Makanan Anda Kepada Buah-Buahan Dan Sayuran

Mengapa sayuran dan buah-buah penting? Ia mengandungi serat yang mana akan membuatkan tubuh anda kenyang dengan lebih lama. Malah disebabkan ia mengandungi serat yang tinggi selain kandungan air yang banyak juga, ia akan memperlahankan pencernaan dan memberi impak kepada selera anda.

Antara buah-buahan dengan serat yang tinggi termasuk epal, limau, beri dan juga sayuran seperti lobak dan timun.

Contoh Menu Untuk Bersahur

Idea sahur yang pertama:

  • 1 hingga 1 ½  cawan nasi
  • ½ cawan sup sayur campur dan tauhu
  • 1 biji pisang atau 3 biji kurma
  • 1 gelas air kosong
  • 1 gelas susu rendah lemak

Idea sahur yang kedua:

  • 1 cawan bijirin sarapan bersama ½ gelas susu rendah lemak
  • kismis bersama hirisan pisang
  • 2 keping roti disapukan dengan sedikit buah-buahan
  • 1 gelas jus oren
  • 1 gelas air kosong

Terdapat beberapa lagi pilihan makanan yang boleh anda dapatkan seperti pengambilan ubi keledek, barli dan juga ikan salmon. Semoga puasa kali ini, anda akan kekal sihat dan bertenaga!

 

 

 

Komen