Tahukah Anda Perbezaan Jenis Tepung – Cara Menentukan Penggunaannya?
Jika anda perasan, terdapat beberapa jenis tepung yang boleh didapati di pasaran. Ada tepung gandung, tepung jagung, tepung ubi, tepung beras, tepung serbaguna dan bermacam-macam lagi. Anda pastinya akan melihat yang mana tepung ini digunakan secara meluas dalam arena masakan sama ada dimasak di dalam bakeri ataupun di dalam lauk biasa.
Namun, bagaimana untuk mengetahui apakah perbezaan antara kesemua tepung ini?
Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda beberapa tips untuk mengetahui perbezaan jenis tepung yang digunakan dalam kehidupan harian.
Kenali Perbezaan Tepung
Perbezaan utama antara setiap jenis tepung adalah kandungan protein, gluten dan juga campuran yang disediakan di dalamnya.
Untuk pengetahuan anda, semakin banyak kandungan tepung yang ditampilkan di dalam tepung, ia akan menjadi semakin tinggi kandungan gluten. Hasilnya, ia akan memberikan impak kepada struktur dan tekstur makanan yang dimasak atau dibakar.
Tepung Serbaguna
Kebiasaannya untuk tepung serbaguna, ia menawarkan solusi untuk menyediakan pelbagai jenis makanan. Ia hadir dengan kuantiti protein yang sederhana iaitu sekitar 10 hingga 12 peratus.
Apabila ia dicampur dengan air atau bahan yang lain, ia akan menghasilkan tekstur yang sedikit keras dan rapuh. Untuk tepung jenis ini, ia sesuai digunakan ketika menyediakan biskut, mufin, kek, roti, penkek, pai, kuih-muih, pasta dan banyak lagi.

Tepung Gandum
Untuk tepung gandum pula, ia adalah antara jenis tepung paling biasa yang banyak dipasarkan secara komersial dan diperbuat daripada bijirin gandum yang dikisar halus. Tepung gandum ini biasanya berwarna putih.
Saiz kisaran tepung gandum adalah halus dan sesuai untuk dijadikan pelbagai produk makanan dan banyak dijual di pasaran dengan pelbagai jenama dan kualiti.
Bagi anda yang tidak mengetahui, Malaysia adalah antara negara di rantau ini yang mengimport tepung gandum dengan kuantiti yang banyak.
Tepung Naik Sendiri
Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda bikarbonat. Ia juga merupakan campuran antara tepung superfine dengan agen penaik seperti baking powder atau pun soda bicarbonate.
Jika menggunakan tepung ini dalam aduanan selalunya pengguna tidak perlu lagi untuk menambahkan agen penaik. Andaq boleh menggunakan tepung ini untuk membuat muffin, scone, penkek dan juga membuat kek.
Tepung Superfine
Dari segi tekstur, ia mempunyai hasil yang halus seakan tepung naik sendiri. Apa yang membezakannya adalah ia tidak mengandungi agen penaik dan ia dikategorikan dalam tepung rendah sumber protein.
Jika anda lihat di kedai, biasanya ia boleh didapati dengan nama Tepung Ros yang sesuai digunakan untuk merangupkan biskut.
Tepung Pulut
Tepung Pulut ini hadir dengan tepung yang berwarna putih dan ia banyak diimpot dari Thailand. Ia mengandungi 100% beras merah asli yang kaya dengan vitamin E dan juga Vitamin B.
Dari sudut pemakanan, ia lebih mudah dicerna dan banyak digunakan dalam penyediaan makanan seperti kek dan kuih tradisional seperti kuih koci, butir nangka dan banyak lagi.
Tepung Ubi
Tepung ubi adalah antara jenis tepung yang memang popular yang juga sering dipanggil sebagai Tepung Kanji. Ia biasanya digunakan untuk meliatkan adunan yang dibuat semasa mengadun.
Ada juga yang menggunaakan tepung sagu yang mana ia diperbuat daripada isi pokok sagu juga mempunyai ciri-ciri menyamai tepung ubi iaitu liat dan kenyal. Selalunya, tepung ini digunakan dalam membuat bubur, lempeng dan keropok.
Tepung Jagung
Tepung jagung pula bersifat pemekat. Ia banyak digunakan di dalam kuah seperti mi hailam atau sos pasta ataupun digunakan bersama tepung gandum untuk membuat gorengan celup tepung.
Dari segi tekstur tepung, ia kelihatan seperti halut tertapi kesat dan licin yang mana ia tidaklah berderai seakan tepung-tepung yang lain.
Tepung Beras
Tepung Beras adalah tepung yang diproses daripada beras selain membawakan sifat bebas gluten. Tepung ini memang banyak digunakan dalam membuat kuih tradisional seperti kuih apam, kuih lapis, kuih talam dan juga sebagai bahan asas untuk bancuhan gorengan kuih, goreng pisang, goreng keladi dan sebagainya.
Malah, untuk menyediakan mi laksa juga, anda perlu mencampurkan repung beras supaya ia keliahatan jernih dan bercantum apabila dimasak.
Tepung Kastad
Ia adalah sejenis tepung yang mana hasilnya akan menjadi kuning dan likat setelah dimasak dan disejukkan. Anda akan menjumpainya di dalam pemanis mulut seperti puding, kek dan biskut.
Fungsinya seakan tepung jagung dan selalunya ia bertujuan untuk mewangi dan mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna kedalam adunan biskut.
________________________________________________________________________
Berikut adalah senarai tepung yang boleh anda ketahui agar tidak terkeliru sewaktu menyediakan hidangan masakan. Terkini, terdapat juga beberapa jenis tepung lain seperti tepung bestari yang digunakan untuk merangupkan hidangan ayam goreng. Ada juga tepung telur masing untuk hidangan buttermilk dan banyak lagi. Selamat mencuba!