Kolaborasi Asics, Coca-Cola – Tampil Teknologi Gel Untuk Tapak Lebih Lembut
ASICS mengumumkan pelancaran Gel Quantum 90 Tyo yang merupakan produk dengan kolaborasi bersama Coca-Cola.
Kasut yang diperkenalkan ini hadir dengan teknologi gel yang mana kusyen dan bantalan yang selesa. Jadinya, ia sesuai untuk aktiviti yang lasak disebabkan ketahanannya dalam menangani kejutan atau hentakan pada tanah adalah lebih baik.

Dari segi rekaan, kasut ini hadir dengan penawaran warna yang berani berserta penampilan yang bersih. Ia dilengkapi warna merah dan putih seakan logo Coca-Cola. Bergerak pada bahagian tumit pula, ia hadir dengan warna tumit hijau yang hadir dengan teknologi gel.

Menurut ASICS juga, sneaker ini dirancang dengan tujuan untuk mengurangkan jejak karbon produk. Bahagian atas setiap sepasang kasut dibuat menggunakan kira-kira empat botol plastik poliester yang dikitar semula, sementara bahan asas untuk tapak kaki pula dihasilkan dari poliuretana kitar semula.
Bagi yang berminat, kasut ASICS X Coca Cola untuk variasi Gel Quantum 90 Tyo boleh didapati di ASICS.com bermula hari ini pada harga RM479 sepasang.