Apa Itu Gaya Bohemian Untuk Rumah – Trend Susun Atur Masa Kini?

Untuk kebanyakan rumah masa kini, ia hadir dengan gaya atau susun atur yang menampilkan warna yang lebih cerah selain menggunakan tona warna tanah (earthy tone).

Oleh sebab itu, gaya boho atau turut dipanggil bohemian kini menjadi pilihan ramai individu ketika melakukan dekorasi ruang di dalam rumah mereka. 

brown leather sofa and two pink sofa chair

Apa Itu Gaya Boho?

Ramai orang berpendapat gaya boho ini hadir dengan nila estatik yang mana menampilkan susun atur moden, ditambah lagi dengan nilai yang bersahaja dan relaks tanpa menggunakan terlalu banyak elemen yang mewah.

Dari sudut rekaan dalaman pula, gaya Bohemian umumnya mendapat ilham daripada individu atau mereka yang menjalani kehidupan yang bebas dan semangat seperti pengembara, penulis, para seniman. Untuk pengetahuan anda, bohemianisme berasal dari masyarakat pada awal abad kesembilan belas di Perancis. Ia berlaku ketika para seniman berpindah ke kawasan Romani (gipsy) yang berpendapatan rendah di Paris.

green cactus plant in room

Gaya atau budaya ini mula muncul apabila ramai orang ingin menampilkan elemen yang kreatif pada sesuatu tempat dan dalam pada masa yang sama menampilkan alternatif dalam memperagakan sesuatu kecantikan.

Apakah Kriteria Gaya Boho Dalam Susun Atur Rumah?

Pada umumnya, gaya boho ini turut dikenali sebagai gaya yang mengimbangi gaya moden yang ditampilkan pada kini. Untuk mengetahui lanjut, Tajria akan berkongsi lebih mengenai penggunaan elemen boho di dalam rumah.

Penggunaan Elemen Bercorak Atau Tekstur

Kontras terbesar antara gaya moden dan juga boho adalah ia akan menggabungkan elemen atau perabot yang bertekstur bersama dengan corak garisan atau corak petak yang mana ia akan mencipta satu hasil yang banyak visual dan banyak tekstur.

brown wooden dining table

Ideanya adalah untuk memberi penekanan untuk rekaan di dalam rumah. Sebagai contoh, untuk anda yang mungkin mempunyai ruang yang besar dan perabot yang sikit, makanya anda akan menggunakan barangan bertekstur ini bersama dengan barangan dengan warna tona tanah. Sofa yang bertekstur ini adalah bahagian rumah yang ingin ditonjolkan supaya kelihatan lebih ceria. Contoh lain termasuk kemasan lantai boleh bersih dan permaidani yang mempunyai tekstur boho chic.

Aksesori Rumah Yang Seakan Barangan Tulang Atau Kayu Dan Jerami

Penampilan aksesori untuk gaya boho ini biasanya kelihatan seakan vintaj.

Untuk barang vintaj, sudah tentu ia tidak mudah untuk dijumpai di platform edagang biasa, jadinya anda perlu mengumpulnya sama ada dari kedai secondhand ataupun beli dari artis dan seniman tempatan.

green-leafed palm plant and round white plant pot

Gaya ini adalah mengenai menampilkan bahan-bahan neutral dan bersahaja seperti kayu, tulang dan pokok yang bersifat semula jadi, dinding putih berwarna polos bersama tekstur konkrit yang kurang jelas sama ada pada lantai atau dinding utama.

Gabungan Retro Dan Minimalis

Tema gaya Bohemian adalah gabungan antara retro dan minimalis. Ini bermaksud bahawa semua hiasan, perabot, dan aksesori yang berlaku dalam tema ini mestilah penggabungan kedua nilai estetika ini. Seperti biasa, bahagian minimalis diturunkan ke latar belakang sehingga anda dapat memiliki kanvas yang bersih, ringkas dan moden untuk menonjolkan susun atur perabot yang teliti dan strategik.

Malah, anda juga akan banyak perasan banyak elemen yang akan dimasukkan bersama perabot asas. Sebagai contoh, anda akan melihat permaidani atau tapestry yang digantung di dinding di samping bingkai foto.

white and black sofa near brown wooden coffee table

_____________________________________________________________________

Sebenarnya, terdapat banyak lagi dekorasi yang turut boleh menjadikan susun atur bomo menjadi lebih baik. Ia dimulakan dengan meletakkan tumbuhan hidur atau tumbuhan rumah di sudut rumah anda, dan ditambahkan dengan bingkai cermin besar dan juga penggunaan warna langsir yang cerah.

Apa yang penting adalah memastikan titik utamanya iaitu ringkas dan minimalis. Fokuskan pada aksesori kecil yang boleh menaikkan kualiti visual.