Carian
Clear Start Memperkenalkan Cooling Aqua Jelly – Untuk Kulit Berminyak
April 13, 2021 Lina Rosli

Clear Start Memperkenalkan Cooling Aqua Jelly – Untuk Kulit Berminyak

Tidak dinafikan pemilihan produk penjagaan kulit amatlah penting bagi menjamin kesejahteraan kulit untuk jangka masa yang panjang. Seperti yang dinyatakan oleh mana-mana pakar kecantikan, rutin penjagaan kulit merangkumi produk pembersih wajah, pelembap, penyegar dan juga krim yang lain.

Apabila bercerita mengenai krim kecantikan, sudah tentu anda akan mencari sesuatu produk yang bersesuai dengan keadaan kulit sama ada berminyak, kering ataupun kedua-duanya sekali.

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, nampaknya anda boleh mula mendapatkan produk Cooling Aqua Jelly daripada Clear Start. Ia adalah solusi yang menyegarkan di samping menghidratkan kulit menggunakan formula Bioflavonoid Complex.

Melaluinya, ia akan mengurangkan pengeluaran sebum yang berlebihan selain turut memperbaiki masalah kulit seperti pertumbuhan jerawat dan juga masalah pori tersumbat. Dalam pada itu juga, anda akan merasakan pengalaman kulit bersinar hasil daripada penggunaan asid hyaluronic yang menampilkan kulit yang anjal dan kekal lembap. Produk ini juga hadir dengan minyak bunga Blue Tansy dan ektrak bluberi yang bertindak sebagai agen antioksida.

Bagi yang berminat, ia boleh didapati di semua rangkaian fizikal Sephora pada harga RM125 sebotol.

Komen