Carian
Resepi Ayam Masak Lada Hitam – Menu Mudah Dan Pantas
April 13, 2021 Lina Rosli

Resepi Ayam Masak Lada Hitam – Menu Mudah Dan Pantas

Untuk Ramadan kali ini, Tajria akan berkongsi kepada anda pelbagai juadah enak dan hidangan yang menyelerakan yang boleh anda sediakan sewaktu iftar nanti.

Menu pertama untuk Ramadan kali ini adalah Ayam Masak Lada Hitam. Ia adalah satu resepi yang sangat mudah sesuai untuk anda yang mungkin mempunyai waktu yang terhad untuk memasak hidangan yang rumit.

Bagi yang berminat, berikut adalah beberapa senarai bahan dan juga cara penyediaan untuk Ayam Masak Lada Hitam.

Bahan-bahan

Untuk perapan ayam:

  • 2 ketul dada ayam (dipotong kecil)
  • 2-3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos lada hitam
  • kicap

Untuk bahan tumis:

  • 1-2 biji bawang merah besar (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 tangkai cili api
  • 1 genggam kobis bunga
  • 1/2 pek jagung (dihiris)
  • 1/2 biji lobak merah (dihiris)

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam dalam masa 15 hingga 25 minit.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili api. Biarkan ia masak dan naik bau.
  3. Kemudian, masukkan sayur-sayuran. Tumis dan gaul hingga rata dan masa sekata.
  4. Masukkan pula ayam yang telah diperap. Tutup kuali dan biarkan ayam keluar air dan dimasak dengan baik.
  5. Apabila ayam sudah bertukar putih, anda boleh masukkan sos tiram, kicap dan sos lada hitam.
  6. Letakkan garam.
  7. Biarkan ia masak seketika dan ayam lada hitam anda sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Komen