Asal Usul Pita Selofan – Penyelesaian Untuk Isu Cat Kereta?
Pita selofan merupakan salah satu alat tulis ataupun alat pelekat yang kerap digunakan dalam melekat satu item ke item yang lain. Jika anda lihat di pasaran, ia hadir dengan pelbagai saiz.
Antara sebab mengapa pita selofan ini menjadi popular mungkin disebabkan kaedah penggunaan yang lebih kemas berbanding gam cecair biasa. Jadinya, ia tidaklah akan merosakkan barangan biasa. Selain itu juga, anda akan mendapati yang mana ia juga lebih mudah untuk di alih dan ditukarkan jika berlaku sebarang kecacatan.
Pernahkah anda terfikir akan siapakah yang mula hadir dengan pita selofan?
Asal Usul Selofan
Pencipta atau pengasas pita pelekat adalah Richard G. Drew yang mana beliau menghasilkan pita pelekat dan pita lutsinar atau turut dikenali sebagai pita selofan, pita Sellotape atau Scotch.
Sebelum hadir dengan inovasi produk ini, Drew sebelum ini adalah jurutera untuk syarikat 3M. Pada hari-hari awal Drew di syarikat itu, dia akan memberikan sampel kertas pasir kepada pengeluar kenderaan, yang menggunakannya untuk proses melukis.
Selepas itu, pada tahun 1920-an, beliau mendapati terdapat kesulitan dalam mengecat kenderaan dua warna yang mana pada waktu itu mereka akan menutup bahagian yang dicat dengan surat khabar dan lekatkannya dengan gam. Namun, apabila dilekatkan untuk jangka masa yang lama, ia sukar untuk ditanggalkan selain sering merosakkan hasil cat pada kereta.
Oleh sebab terdapatnya kesukaran daripada itu, beliau mula bereksperimen dengan segala-galanya dari minyak sayuran hingga bahan dari pokok semula jadi dan letakkannya di atas kertas pasir dari 3M.
Lima tahun kemudian, Drew akhirnya mencipta pita selofan yang pertama. yang diperbuat daripada kertas krep yang disokong dengan gam pembuat kabinet yang dicampur dengan gliserin. Drew seterusnya mendapatkan hak paten untuk pita selofan pada tahun 1930.
Akhir sekali, Syarikat 3M kini sangat sinonim dengan penawaran untuk kelengkapan pita yang mana penjualannya kini mencecah jutaan dollar. Selepas ia berjaya dihasilkan, Drew pada waktu itu menghantarnya ke sebuah firma Chicago yang mengkhususkan kepada pencetakan paket pembungkusan produk roti. Sejak dari itu, pita berasaskan haba yang sebelum ini digunakan untuk melekatkan kertas dan plastik.
Bagaimana Pita Selofan Berfungsi?
Untuk pita selofan, anda akan melihat yang mana pita akan berwarna jernih. Ia adalah selulosa yang telah diregenerasi yang mana bahan yang ditawarkan adalah sel tumbuhan dan juga digunakan untuk membuat kertas dan plastik.
Pada bahagian lapisan bawah pula adalah bersifat melekit. Secara tradisional, ia diperbuat berasaskan getah dan juga akan melekat apabila tekanan diberikan.
Pada awal penciptaan pita selofan ini, keadaannya tidaklah seperti sekarang yang mana ia hanyalah melekat jika dipicu oleh haba, air atau pelarut lain.
Sumber: smithsonianmag, ACS, ThoughtCo