Carian
Ikuti Cara Ini Untuk Menghilangkan Kutu Pada Kucing
April 14, 2021 Lina Rosli

Ikuti Cara Ini Untuk Menghilangkan Kutu Pada Kucing

Dalam kebanyakan situasi, pastinya anda pernah melihat yang mana kucing anda akan menggaru bahagian belakang telinga apabila berasa tidak selesa.

Hal ini kerana terdapatnya makluk kecil yang bersembunyi atau lebih dikenali sebagai kutu yang menghisap darah dan menyebabkan kegatalan. Untuk gatal yang ringan, ia masih lagi tidak merbahayakan keadaan si kucing, Namun, apabila ia bertambah teruk, ia boleh menyebabkan keguguran bulu dan rambut sehingga boleh mengakibatkan mereka hampir botak.

Bagaimana Boleh Anda Ketahui Sekiranya Kucing Mempunyai Kutu?

Kutu yang kerap hinggap pada badan kucing anda adalah jenis Ctenocephalides Felis.

Apabila anda mendapati kucing anda menggaru badan terlalu kerap, makanya anda boleh menggunakan sisir kutu pada kucing dan perhatikan jika terdapat titik hitam kecil.

brown flea illustration

Jika tidak, anda juga boleh menyelak pada bahagian bulu kucing dan periksa jika dibadannya mempunyai kotoran yang kelihatan seperti habuk hitam kecil. Sekiranya ya, ia merupakan kotoran hasil daripada kutu.

Untuk menghapuskan kotoran tersebut, anda perlu membersihkannya menggunakan tuala kertas lembap dan kotoran tersebut akan berubah menjadi warna karat atau merah. Warna merah adalah sisa darah kucing yang dikeluarkan oleh kutu selepas menghisap darah.

Cara Menghapuskan Kutu Pada Kucing

Untuk pengetahuan anda, kutu mempunyai kitaran hidup yang sama seperti kebanyakan serangga yang lain. Ia akan bertelur pada kawasan tempat tidur kucing sama ada permaidani ataupun bantal dan alas kucing. Kemudiannya, ia akan menjadi larva sekitar 7 minggu dan seterusnya bertukar kepada pupa. Apabila sudah setahun, barulah ia menjadi kutu yang akan makan darah tuannya iaitu kucing.

two kittens playing beside plant

Jadinya, anda dapat melihat yang mana sangat penting untuk anda menghapuskan tempat ia bertelur dan juga memastikan kebersihan di kawasan tempat tidur haiwan perliharaan anda.

Bersih Dan Mandikan Kucing

Tugas pertama anda adalah menghilangkan kutu dari kucing dengan cara menyisir dan mandikan mereka. Pastikan anda menggunakan sabun kutu khusus untuk kucing. 

Sewaktu menyisir atau menyikat bulu kucing, pastikan anda menggunakan sisir kutu logam bergigi halus. Lakukan penyisiran bermula dari kepala hingga ekor beberapa kali sehari. Ini akan menghilangkan kutu dewasa dan telurnya dan mengurangkan rasa gatalnya. Kemudian, celupkan sikat ke dalam campuran air suam atau panas bersama dengan sabun pencuci pinggan membunuh kutu.

Sebagai langkah keselamatan, apa yang anda boleh buat adalah mendapatkan produk yang disarankan doktor seperti:

  • PetSmile Anti Bacterial And Anti Fungal Shampoo
  • Pawster Pet Paradise Therapy Shampoo
  • Loyale Cat Fluffy Protection Cat Shampoo
  • Dr. Pets All Natural Flea And Tick Shampoo
silver tabby kitten on blue textile

Basmi Kotoran Di Kawasan Persekitaran Rumah

Tahukah anda, kutu betina boleh bertelur sehingga 50 telur sehari? Disebabkan ia berkemampuan bertelur dengan banyak, makanya adalah penting untuk anda menghapuskan tempat pembiakan yang berisiko.

  1. Basuh semua tempat tidur dengan bersih. Ia termasuk alas tempat tidur, tilam atau mana-mana permaidani yang mana telur mungkin dapat bersembunyi.
  2. Vacuum karpet setiap hari dan buang beg vakum terpakai. Anda juga boleh menggunakan permbersih wap pada permaidani bagi membunuh sisa telur yang mungkin terlepas sewaktu vakum.
  3. Dapatkan rawatan daripada pakar atau pengurus kucing profesional untuk membersihkan dan mencegah kutu secara konsisten sepanjang tahun.

________________________________________________________________________

Untuk pengetahuan anda juga, kutu pada kucing ini bukan sahaja berbahaya untuk haiwan perliharaan anda. Malah, ia turut berbahaya kepada anda juga kerana berisiko untuk hinggap di bahagian kaki dan rambut anda jika ia tidak dibersihkan dengan betul.

Komen