Carian
Sejarah Kon Aiskrim – Pengenalannya Adalah Satu Kesilapan?
April 14, 2021 Lina Rosli

Sejarah Kon Aiskrim – Pengenalannya Adalah Satu Kesilapan?

Bercerita mengenai aiskrim, ia telah hadir dengan pelbagai pek pembungkusan dan juga bentuk sama ada kon, cawan, di dalam bekas plastik seperti aiskrim Malaysia dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, aiskrim ini sebenarnya sangat sinonim dengan penawaran kon wafel. Terdapat tiga jenis kon aiskrim yang mana kon wafer, kon gula dan juga kon wafel.

Apa yang menjadi persoalan adalah mengapa aiskrim menggunakan wafel untuk meletakkan aiskrim di dalamnya?

ice cream cone

Asal Usul Kon Aiskrim

Secara amnya, terdapat beberapa individu yang telahpun hadir dengan ciptaan kon aiskrim yang tersendiri. 

Namun, individu yang mendapat nama dalam mencipta kon ini adalah Italo Marchioni pada tahun 1850-an. Beliau merupakan seorang jurujual aiskrim di Itali yang telah hadir dan mendaftar hak paten mesin membuat bekas aiskrim pada tahun sekitar Disember 1903.

Namun pada tahun sebelum itu, iaitu tahun 1902, Antonio Valvona yang merupakan seorang peniaga aiskrim dari Manchester. Beliau turut mempatenkan mesin pembuat cawan biskut, namun tidak diketahui sama ada ia berjaya dan diperkenalkan dengan meluas atau sebaliknya.

Yang menjadi persoalannya, bilakah kon aiskrim ini digunakan secara meluas? 

Dalam Pameran Dunia St. Louis pada tahun 1904, sebuah syarikat dari Syria dan Lubnan mengadakan jualan aiskrim. Ia dikendalikan oleh seorang lelaki bernama Arnold Fornachou. Pada ketika itu, aiskrim di gerai beliau mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan sehingga menyebabkan beliau kekurangan cawan kertas.

black round fruit on brown wooden stick

Berhampiran dengan kedainya, terdapat seorang penjual wafel bernama Ernest Hamwi. Hamwi mendapati wafel yang dijual adalah agak leceh dan membuat keputusan untuk memberikan wafel yang digulung kepada dari Fornachou. Daripada situ, aiskrim yang menggunakan wafel yang digulung menjadi bentuk kon dan boleh meletakkan aiskrim di dalamnya.

Persaingan Dalam Perkembangan Indusri Kon Aiskrim

Sama seperti awal pengenalan kon aiskrim, perkembangannya juga menampilkan persaingan yang hebat. Salah satu individu yang bertanggungjawab memperkenalkan kon aiskrim adalah Hamwi. Beliau menubuhkan Syarikat Missouri Cone yang kemudian dikenali sebagai Syarikat Western Cone pada tahun 1910.

Hamwi hadir dengan dua jenis kon wafel sama ada dipanggang dalam bentuk bulat atau digulung secara mekanikal. Pengeluaran kon berkembang dengan jayanya pada tahun 1924 yang mana ia mencapai rekod sehingga 245 juta pengeluaran.

Akibat terdapatnya pertukaran mesin daripada manual kepada automatik dalam mengeluarkan kon, ia telah menyebabkan perubahan bentuk pada kon aiskrim yang kita kenal sekarang. Kini, berjuta-juta kon bergulung dikeluarkan pada mesin yang mampu menghasilkan kira-kira 150,000 kon setiap 24 jam.

ice cream with chocolate and chocolate ice cream on clear glass

Ada juga artikel yang mengatakan bahawa penggunaan kon aiskrim secara meluas adalah disebabkan risiko penyebabran penyakit menggunakan gelas.

Pada masa itu, penjual akan menyediakan sebahagian ais krim dalam gelas yang kemudian akan digunakan kembali oleh pelanggan seterusnya tanpa mencuci. Sebagai alternatif, idea untuk kon aiskrim menunjukkan minat yang meningkat dalam kalangan masyarakat dan amalam pembersihan dapat diterapkan.

Sumber: Spoon University, What’s Cooking America, IDFA, CS Monitor

Komen