Pernahkah anda berasa tidak selesa perut dan ibu anda mengambil tangan anda dan mengurut jari jemari anda?

Jika ya, adakah anda terfikir apakah perkaitan jari dan juga perut?

Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda beberapa perkongsian menarik mengenai jari.

Sebelum itu, bercakap mengenai jari juga, tahukah anda bahawa jari adalah lebih sensitif berbanding mata? Hal ini kerana di setiap hujung jari mempunyai reseptor yang bertanggungjawab untuk menghantar mesej ke otak. 

Sebagai contoh, untuk jari manis, ia mempunyai saluran darah yang berhubung terus ke jantung yang dipanggil Venna Amoris atau turut disebut sebagai urat cinta.

Fakta Menarik Mengenai Jari

Tahukah anda bahawa untuk tangan manusia, terdapat sekitar 27 tulang, 29 sendi dan juga 123 ligamen yang mana ia berfungsi hanya apabila kesemua bahagian ini kerja bersama. Dan apa yang menariknya adalah jari tidak mempunyai otot dan tendon. Namun, pergerakan jari dibantu oleh otot pada telapak tangan.

Manakala, purata tangan wanita adalah sekitar 6.7 inci dan purata saiz tangan untuk lelaki pula sebesar 7.4-inci. 

Menurut kajian oleh Jin Shin Jyutsu, semua bahagian badan kita saling berhubung antara satu sama lain. Apabila satu bahagian badan anda jatuh sakit, ini akan menyakitkan seluruh badan. Pada masa yang sama, tangan kita sebenarnya berhubung dengan emosi dan juga organ yang lain.

Sebagai contoh, ibu jari berkait rapat dengan masalah perut, tekanan dan juga sakit kepala. Sekiranya anda mungkin berasa sedih dan bimbang, atau mengalami sakit kepala dan kegelisahan, anda boleh cuba memegang dan mengurut ibu jari secara perlahan-lahan di atasnya. Lakukannya selama tiga hingga lima minit ataupun sehingga anda berasa sedikit tenang.

Seterusnya untuk jari telunjuk, ia biasanya dikaitkan dengan keadaan ketakutan ataupun masalah pada ginjal. Di antara kajian refleksologi yang telah dikaji, banyak pesakit dialisis buah pinggang dilaporkan mengalami penambahbaikan menerusi urutan ini.

Untuk jari tengah pula, ia dikatakan berhasil dalam mengurangkan kesakitan dan keradangan. Sekiranya anda mengalami masalah peredaran darah, anda boleh cuba mengurut jari tengah anda dengan perlahan dan akan merasakan kesan relaksasi yang ketara.

Jari manis pula dikatakan membantu mengurangka emosi negatif seperti sedih ataupun tekanan. Jika anda merasa negatif atau mempunyai tenaga yang sedih, cubalah fokus pada jari manis. Mengurut jari manis juga dapat membantu masalah pencernaan dan pernafasan. Secara keseluruhan, latihan refleksologi seperti ini terbukti dapat membantu mengurangkan rasa tidak selesa yang terdapat pada usus besar dan paru-paru.

Manakala jari kelingking dihubungkan pengalaman sakit badan dan masalah saraf. Bukan itu sahaja, jangan lupa untuk mengurut tapak tangan. Anda boleh memegang bahagian tengah tapak tangan dan melakukan tiga nafas sepenuhnya atau menekan tapak tangan secara berpusing.

Berikut adalah beberapa kelebihan urutan dan juga hubungan antara jari dengan organ badan yang lain. Dapatan yang penting di sini adalah latihan refleksologi biasa dapat membantu menggurangkan rasa mual, cirit-birit dan sembelit.