Tidak dinafikan maskne kini menjadi musuh utama kebanyakan individu. Hal ini disebabkan  pemakaian pelitup muka yang terlalu lama mengakibatkan kulit anda mula timbul kerengsaan dan juga keradangan.

Antara solusi yang paling mudah untuk mengurangkan risiko ini adalah kerap kali menukar pelitup muka. Anda disarankan untuk menukar sekurang-kurangnya 2 kali sehari jika anda memakainya untuk tempoh yang lama. Sebagai contoh, jika aktiviti harian memerlukan anda memakai pelitup muka sepanjang hari, seeloknya untuk anda menukarnya setiap 3 hingga 4 jam. Hal ini bagi menjamin kebersihan dan juga keselesaan kulit sepanjang pemakaiannya.

Selain pelitup muka, anda juga perlu memastikan penjagaan kulit yang efisien dan juga bersesuaian untuk muka. Oleh itu, Skin Inc hadir dengan inovasi dalam penawaran produk penjagaan kulit mereka. Ia hadir dengan 60 formulasi yang dihasilkan melalui data yang diperolehi.


Pemerolehan Data Menggunakan Teknologi Kecerdasan Buatan

Bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan, Skin Inc telah hadir dengan siri soalan yang digunakan untuk mengetahui bahan apa yang bersesuaian dengan gaya hidup dan juga kompleksyen pada kulit kebanyakan individu.


Oleh itu, antara cadangan bahan yang didapati adalah ekstrak bunga raya emas, vitamin  A, C dan E, Niacinamide, Ceramide dan Licorice. Malah, untuk produk terbaru mereka iaitu My Daily Dose Serum dan juga Recovery Sleep Mask, ia dikatakan tidak mengandungi sulfat (SLS dan SLES), paraben, formaldehydes, tanpa pewangi sintetik dan juga bebas gluten. 


Jenama ini turut memperkenalkan alat yang dipanggil Optimizer Voyage Tri-Light LED bagi menampilkan hasil penggunaan serum yang lebih efektif. Melaluinya juga, produk yang disapukan dikulit dapat diserap 300 peratus kali lebih baik pada jangka masa sekitar 10 minit sahaja. Ia juga mampu mengaktifkan reseptor cahaya pada sel kulit dengan lebih baik bagi menerusi teknologi Sonic.

Bagi yang berminat, Skin Inc kini boleh mula didapati di laman rasminya selain boleh dibeli di Sephora dan juga Lazada Malaysia.