Pemilihan dekorasi bunga yang bersesuaian sangat penting dalam menambah warna di dalam rumah anda. Ia termasuk juga memberikan ketenangan dan juga kesegaran sewaktu anda berada di dalam rumah.
Berikut adalah beberapa senarai bunga atau pokok rumah yang boleh dapatkan dan hiasi rumah anda bersempena raya ini.
Tema Rumah Warna Tanah
Bagi anda yang hadir dengan tema rumah berwarna tanah, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan memilih bunga yang bersifat moden ataupun minimalis.
Anda boleh mendapatkan pokok yang mempunyai daun yang kecil tetapi banyak. Hal ini untuk mendapatkan keseimbangan dalam struktur dekorasi rumah anda. Sebagai contoh, pemilihan pokok seperti Silver Dollar Plant dan juga Oxalis adalah sangat sesuai dalam mewujudkan ruang yang sederhana dan moden.
Tambahan pula warna maroon untuk pokok oxalis sedikit sebanyak dalam memberikan tampilanjumlah kedalaman dan struktur yang tepat tanpa terlalu banyak warna.
Tema Rumah Warna Terang
Untuk rumah anda yang telahpun hadir dengan pelbagai warna, anda boleh menghias pokok rumah yang tidak mempunyai warna yang lebih menyerlah dari dinding. Sebagai contoh, dinding rumah warna hijau dipadankan dengan bunga warna merah jambu terang.
Sebaliknya, cuba fokuskan kepada pokok rumah dengan tona warna lebih pasif seperti warna putih yang ke arah coklat. Atau jika anda ingin memilih bunga yang berwarna, pastikan anda memilih warna dengan kontras yang rendah atau warna yang lebih lembut.
Untuk tips, anda boleh memilih bunga seperti orkid ataupun peace lily. Hal ini kerana, bunganya tidak terlalu sarat selain hadir dengan daun yang menarik.
Tema Rumah Bohemian
Untuk tema boho, anda lebih perlu memfokuskan kepada penggunaan pasu yang bersifat lebih santai atau memilih rotan sebagai pelengkap dekorasi pokok rumah anda. Dari segi pemilihan bunga pula, pastikan anda memilih pokok dengan tampilan daun tanpa bunga seperti pokok lidah biawak, pokok keladi ataupun pokok yang sesuai untuk digantung.
Tips sebelum menghias, menampilkan semakin banyak tanaman ia akan kelihatan semakin baik. Hal ini kerana, tumbuhan membantu mewujudkan warna, tekstur dan bentuk yang berbeza untuk setiap ruangan di rumah anda.
Gunakan tanaman lantai yang besar untuk mengisi sudut kosong, sementara gantungkan beberapa tanaman kecil untuk menarik mata individu bagi melihat dinding dan susun tanaman yang lebih kecil di antara rak dan meja bagi menjadikan penampilan bohemian anda lebih ideal.
Tema Rumah Warna Gelap
Bagi rumah yang gelap atau kurang cahaya, anda perlu mencari pokok rumah atau tanaman yang boleh berdepan dengan cabaran lasak sama ada tanpa cahaya langsung ataupun tanpa penyiraman yang kerap.
Sebagai contoh, anda boleh meletakkan pokok yang tahan lasak seperti pokok palma atau nama saintifiknya chamaedorea elegans, pokok pothos emas, dieffenbachia dan juga peace lily. Ini adalah contoh pokok rumah yang sesuai untuk anda yang menggemari hiasan rumah yang gelap, selain sesuai juga untuk anda yang sibuk dan jarang ada di rumah.
Untuk pemilihan pokok rumah juga, apa yang perlu anda fokuskan adalah saiz ruang dan juga ketahanan sesetengah pokok itu. Jika anda bukanlah individu yang kerap menjaga pokok, maka elakkan pemilihan pokok yang sensitif supaya ia tahan lebih lama.