Menjelang hari Raya ini, sudah tentu anda akan bertungkus lumus dalam menyediakan kelengkapan raya lebih-lebih lagi penawaran menu juadah yang bakal disajikan kepada keluarga.

Oleh itu, dalam memastikan ia dapat disediakan dengan baik, Anchor Food Professionals hadir dengan kempen Inspirasi Raya. Kempen ini menyaksikan penawaran 10 juadah tradisional yang dihasilkan semula menggunakan Anchor Extra Yield Cooking Cream.


Antara juadah yang bakal diperkenalkan menerusi video demonstrasi termasuklah Rendang Tok, Rendang Ayam Pedas, Rendang Kambing Hitam, Bubur Pedas Sarawak, Lontomg Johor, Kuih Lapis, Kurma Banana Shake dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, Anchor Extra Yield Cooking Cream diperbuat daripada sumber susu New Zealand yang berkualiti tinggi. Malah ia juga hadir dengan kebaikan tenusu semula jadi selain memberikan 20% lebih hasil berbanding krim masakan UHT.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan Anchor Extra Yield Cooking Cream pada harga sekitar RM25.18 untuk 1L. Beli hari ini di kebanyakan pasaraya di kawasan sekitar anda termasuk AEON, Giant, Shopee dan Lazada.