Sudah masuk hari ke-15 kita berpuasa untuk tahun 2021 ini. Bagaimana dengan pelan perancangan menu iftar anda untuk Ramadan kali ini?

Bagi anda yang masih mencari-cari menu yang ingin dihidangkan pada keluarga anda, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda pelbagai juadah enak dan hidangan yang menyelerakan yang boleh anda sediakan sewaktu iftar nanti.


Menu hari ini adalah Ayam Masak Paprik. Ia adalah satu resepi yang sangat mudah sesuai untuk anda yang mungkin mempunyai waktu yang terhad untuk memasak hidangan yang rumit.

Bagi yang berminat, berikut adalah beberapa senarai bahan dan juga cara penyediaan untuk Ayam Masak Lada Hitam.

Bahan-bahan

  • 2 ketul dada ayam (dipotong kecil)
  • 2-3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 sudu sos tiram
  • Sos tomato, sos cili
  • 1 sudu sos ikan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 tangkai cili api
  • Kobis bunga
  • Cendawan tiram
  • 1/2 pek jagung (dihiris)
  • 1/2 biji lobak merah (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut

Cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili api dan serai. Biarkan ia masak dan naik bau.
  • Kemudian, tumis cili kisar sehingga masak.
  • Masukkan pula sos cili, sos tomato dan sos tiram. 
  • Gaul rata dan tambahkan daun limau purut.
  • Masukkan pula ayam dan biarkan ia reneh sebentar.
  • Tambah sos ikan dan seterusnya masukkan sayur-sayuran yang telah dibasuh.
  • Letakkan garam.
  • Biarkan ia masak seketika atau masak sehingga pekat.

Anda juga boleh menggunakan kaedah ini untuk memasak daging masak paprik. Selamat mencuba!