Jika hendak membuat kuih atau kek, sudah tentu anda memerlukan ukuran berat yang tepat bagi memastikan penyediaan adunan yang betul.
Apabila melihat dan membaca resipi, anda akan mendapati bahawa ia hadir dalam ukuran gram (g). Jadi, bagaimana boleh anda mengetahui berapa cawan tepung bersamaan dengan 100g?

Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda tips dan kaedah untuk mengetahui ukuran yang bersesuaian dengan resipi anda. Lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai pemberat ataupun cawan.
Cara Mudah Untuk Mengukur Gram Menggunakan Sudu Atau Cawan
Tukaran gram kepada cawan ini sebenarnya bergantung kepada bahan yang anda ingin timbang dan ukur.
Sukatan Cawan
Bahan yang menggunakan cawan adalah seperti tepung, mentega dan gula. Pastikan anda meratakan bahan-bahan ini terlebih dahulu sebelum mula meneruskan penyediaan adunan.

Tukaran gram kepada cawan untuk tepung:
- 1/4 cawan-45g
- 1/2 cawan -65g
- 3/4 cawan – 125g
- 1 cawan – 250g
- 2 cawan – 500g
Tukaran gram kepada cawan untuk mentega:
- 1/4 cawan – 80g
- 1/2 cawan – 125g
- 3/4 cawan – 190g
- 1 cawan – 250g
- 2 cawan – 500g
Tukaran gram kepada cawan untuk gula:
- 1/4 cawan – 80g
- 1/2 cawan – 125g
- 3/4 cawan – 190g
- 1 cawan – 250g
- 2 cawan – 500g
Tukaran gram kepada sudu:
- 2 sudu kecil – 10g
- 2 sudu besar – 15g

Sementara untuk jenis cecair pula, bahan yang menggunakan sudu adalah seperti essen vanilla.
Sudu ke ml adalah seperti berikut:
- 1/4 sudu kecil – 1.25ml
- 1/2 sudu kecil – 2.5ml
- 1 sudu kecil – 5ml
- 2 sudu kecil – 10ml
- 1 sudu besar bersamaan 4 sudu kecil – 20ml
Selain itu, anda perlu mengetahui juga yang mana jika ingin menimbang menggunakan cawan harus dingatkan bahawa anda perlu menimbang berat jawan dahulu sebelum mula mengukur berat bahan.
Malah, setiap bahan mempunyai berat yang berlainan, jadinya anda perlu mengetahui akan terdapat perbezaan untuk setiap ukuran.