Carian
Resipi Bubur Pedas Sarawak – Juadah Klasik Daripada Anchor Food Professionals
April 28, 2021 Lina Rosli

Berikut adalah senarai bahan dan juga cara penyediaan yang diperlukan dalam menjadikan rasa Bubur Pedas dari Sarawak anda lebih enak dan lazat.


Bahan-bahan:

Untuk campuran rempah
  • 50g bawang merah (dihiris)
  • 50g bawang putih (dihiris)
  • 100g cili kering (dihiris)
  • 50g kunyit hidup (dihiris)
  • 30g halia (dihiris)
  • 50g serai (dihiris)
  • 3g kayu manis
  • 100g kelapa kerin
  • 100 tepung beras
  • 10g lada hitam
  • 25g serbuk kunyit
Untuk bahan bubur:
  • 250g Anchor Extra Yield Cooking Cream
  • 20g bawang putih hiris
  • 20g bawang merah hiris
  • 150g campuran rempah
  • 50g lobak merah
  • 10g bunga halia
  • 5g daun kunyit
  • 100g daging lembut (dihiris nipis)
  • 100g udang
  • 250g mi gelas

Cara Penyediaan:

Bagi menyediakan campuran rempah:

1. Kisar kesemua bahan yang dihiris sehingga ia menjadi seakan pes.

2. Kemudian, masak kayu manis sehingga ia naik bau dan masukkan pes.

3. Masaknya sehingga kering.

4. Di kuali yang lain, sangai kelapa kering dan juga tepung beras tanpa minyak sehingga berbau wangi.

5. Selepas itu, sejukkan ia sebelum mula kisar sehingga halus.

6. Campurkan kedua-dua bahan yang dikisar dan masakkan ia di dalam periuk kering.

7. Tambah lada hitam dan juga serbuk kunyit dan gaul sebati.

Bubur pedas:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga berwarna keemasan.

2. Masukkan pes dan tumis sehingga pecah minyak.

3. Tambahkan air dan tutup periuk. Tunggi sehingga ia mendidih.

4. Tetapkan api pada paras perlahan dan masukkan bunga halia, daun kunyit, lobak, daging lembu dan udang.

5. Gaul sekata dan masukkan mi gelas sehingga kuah menjadi pekat.

6. Akhir sekali, masukkan Anchor Extra Yield Cream dan renehkan sebentar. Selamat mencuba!

Komen