Carian
Resipi Kuih Puteri Ayu – Juadah Klasik Daripada Anchor Food Professionals
April 30, 2021 Lina Rosli

Berikut adalah senarai bahan dan juga cara penyediaan yang diperlukan dalam menjadikan manisan Kuih Puteri Ayu anda lebih menyelerakan untuk dihidangkan kepada keluarga.


Bahan-bahan:

  • 200g Anchor Extra Yield Cooking Cream
  • 330g tepung serbaguna
  • 1 sudu teh kecil serbuk penaik
  • 4 biji telur
  • 250g gula
  • 1 sudu teh ovalette
  • 5g perisa pandan
  • 100g kelapa parut
  • Garam
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 120g air
  • Acuan pembentuk kuih

Cara penyediaan:

1. Ayak tepung serbaguna bersama dengan serbuk penaik.

2. Di dalam mangkuk yang berlainan, pukul telur, gula dan ovalette sehingga ia kelihatan gebu. Letakkan juga perwarna pandan dan kacau rata.

3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk telur sehingga ia sekata.

4. Tambah Anchor Extra Yield Cooking dan air ke dalam campuran tepung dan gaul sebati.

5. Di dalam bekas yang berlainan, campurkan pula kelapa parut, garam dan tepung ubi kayu dan gaul sekata.

6. Kemudian, sediakan pengukus dan sapukan sedikit minyak ke dalam acuan pembentuk kuih.

7. Masukkan dahulu campuran kelapa parut dan mampatkannya.

8. Setelah itu, baru masukkan campuran pandan pada atas kelapa tadi.

9. Kukus selama 10 minit dan sejukkannya sebelum dihidangkan kepada keluarga.

Komen