Seperti yang anda sedia maklum, gaya pemakanan memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan anda mendapat nutrien yang secukupnya. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya kesan yang buruk kepada kesihatan seseorang individu.
Oleh itu, untuk mengurangkan risiko masalah kesihatan, makanya pengambilan makanan yang segar dan berkhasiat adalah satu keperluan.
Baru-baru ini, BizSmart telah hadir dengan satu program yang menyediakan peluang dan latihan kepada perniagaan yang ingin mengembangkan operasi perniagaan mereka.
Dan salah satu perniagaan terpilih adalah Wise Crafters.
Latar belakang Wise Crafters
Wise Crafters adalah penyedia dalam menu hidangan yang berkhasiat dan lazat seperti oatmeal, mangkuk quinoa dan kefir.
Untuk pengetahuan anda, mereka menawarkan menu vegan yang boleh disesuaikan mengikut pilihan individu, pelan perancangan diet dan juga penghantaran pakej yang ditempah ke setiap rumah yang memesannya.
Fokus Wise Crafters sekarang adalah pada penyesuaian perancangan makanan oleh pakar pemakanan yang diperakui untuk memenuhi keperluan individu yang berbeza. Misi Wise Crafters adalah untuk membantu setiap rakyat Malaysia memperolehi makanan bersih sekurang-kurangnya satu makanan yang sihat pada setiap hari.
Produk yang ditawarkan Wise Crafters termasuk:
- Fabulous Female One Day Meal Plan berharga RM68
- Five Day Clean Eating Meal Plan berharga RM32
- Twenty Day Clean Eating Meal Plan berharga RM1200
Bagaimanakah anda membuat resipi dan perancangan makanan yang sihat untuk pelanggan?
Idea awal penubuhan Wise Crafters adalah menawarkan menu oatmeal kepada orang ramai. Pemilihan oatmeal adalah disebabkan orang ramai akan mengambil oatmeal sebagai makanan diet utama untuk menurunkan berat badan mereka.
Oleh itu, Wise Crafters berpendapat yang mana pasaran memerlukan rancangan diet yang lebih tepat dan menyeluruh. Menu Wise Crafters akan disemak dan dianalisis oleh pakar pemakanan yang diperakui.
Antara proses yang dilaksanakan termasuk mengumpulkan maklumat pelanggan seperti BMI, Total Daily Energy Expenditure (TDEE) dan pilihan diet. Kemudian, Wise Crafters akan menyesuaikan perancangan makan mengikut keperluan kesihatan individu.
Bagaimanakah keadaan pandemik yang berterusan ini boleh menjadikan rakyat Malaysia mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih sihat?
Untuk pengetahuan anda, lebih daripada 50% rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti ataupun berat badan berlebihan, penyakit tidak berjangkit (NCD) yang menyebabkan hampir 70% kematian di peringkat global.
Dan antara yang menjadi punca kepada isu ini adalah amalan pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan garam berlebihan, snek malam dan juga kurang bersenam.
Oleh itu, dengan adanya akses kepada makanan dan alternatif yang ditawarkan Wise Crafters, nampaknya amalan gaya pemakanan yang sihat boleh dipupuk sedikit demi sedikit kepada orang awam.
Namun, penelitian menu yang memenuhi keperluan kesihatan peribadi dan juga keinginan pelanggan adalah amat penting. Antara yang inisiatif lain yang ditawarkan juga adalah penghasilan formula yang menggalakkan semua orang untuk menikmati makanan sihat dengan cara yang mudah.
Adakah Wise Crafters menawarkan pilihan makanan mesra Muslim pada bulan Ramadan?
Bersempena Ramadan ini juga, Wise Crafters menawarkan promosi Ramadan khas pada harga RM138 untuk pelanggan Muslim untuk menikmati sewaktu iftar dan sahur.
Antara menu yang paling ramai dapatkan adalah oatmeal dan oatmilk badam. Cara paling mudah untuk disajikan pada waktu sahur, anda hanya perlu menyimpan makanan sihat ini di dalam peti sejuk dan menikmati pada bila-bila masa yang anda mahukan.
Apa yang menjadikannya mesra muslim adalah ia hanya menampilkan kandungan serat dan protein yang tinggi dari oat, buah-buahan dan badam juga dapat membantu kita merasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama.
Perancangan perniagaan masa depan untuk Wise Crafters?
Wise Crafters mengatakan yang mana mereka dalam perancangan dalam membangunkan sistem pengurusan kesihatan dan diet yang akan dapat membantu lebih ramai pelanggan untuk menyesuaikan pelan rancangan diet yang lebih sistematik dan dalam pada masa yang sama lazat untuk diambil setiap hari.
Bukan itu sahaja, mereka juga ingin memulakan model francais omnichannel Wise Crafters ke seluruh negara dalam masa yang akan datang yang mana akan bermula dengan Johor Bahru dan Pulau Pinang terlebih dahulu.
Dengan bantuan BizSmart Challenge, mereka mendapat sokongan kewangan dan peluang perniagaan eksklusif dari Alliance Bank selain sedang dalam proses bagi mendapatka sijil Halal yang ditaja oleh Program Halal in One Alliance Islamic Bank . Alliance Bank benar-benar melakukan yang terbaik untuk membantu PKS tempatan terus hidup dan berkembang.
Bagi anda yang ingin mendapatkan Wise Crafters, layari laman rasmi mereka untuk maklumat lanjut.