Ketuhar adalah salah satu perkakas memasak yang paling dicari ramai. Hal ini kerana, ia hadir dengan fungsi memanas pada suhu yang tinggi yang mana sesuai untuk jenis masakan seperti memanggang atupun membakar kek.
Jadi, bagi anda yang masih lagi mencari-cari ketuhar manakah yang sesuai, Tajria hari ini ingin berkongsikan kepada anda jenis-jenis ketuhar yang ada di pasaran selain sesuai dengan keperluan anda.

Apakah Perbezaan Ketuhar Di Pasaran?
Untuk pengetahuan anda, terdapat dua kategori utama bagi ketuhar. Pertama adalah ketuhar konvensional dan yang kedua pula convection.
Apakah yang membezakan keduanya?
Bercerita mengenai ketuhar konvensional, ia dilengkapi dengan alat pengukur suhu yang mana membenarkan anda memilih suhu yang bersesuaian dengan penyediaan makanan anda.

Malah, ketuhar konvensional juga biasanya menggunakan kipas yang akan mengedarkan haba secara merata. Ketuhar konvensional akan memanaskan ruang ketuhar, bukan hanya makanan itu sendiri.
Sementara, ketuhar jenis convection atau perolakan pula menampilkan penawaran pemanasan pada suhu yang konsisten. Oleh itu, haba yang hadir akan diagihkan secara merata ke seluruh makanan. Malah, untuk ketuhar perolakan juga berupaya memasak sekitar 25 peratus lebih pantas berbanding ketuhar konvensional.

Model Ketuhar Yang Boleh Anda Dapatkan Di Pasaran
Bagi anda yang memerlukan ketuhar untuk dapur anda, berikut adalah beberapa jenama dan model ketuhar yang boleh anda dapatkan bermula hari ini:
Pensonic PEO-2305 23L
Model dari Pensonic adalah antara jenama yang sesuai bagi anda yang mempunyai bajet yang tidak begitu besar. Ia boleh dibeli pada harga sekitar RM144 sebuah.

Dari segi penawaran spesifikasi, ia boleh memuatkan sekitar 23L makanan yang boleh digunakan untuk memanggang, membakar ataupun membuat kek. Ia juga menampilkan maksima suhu sehingga 250 darjah celsius selain menyertakan mod pembakaran atas, bawah dan juga tepi.
Ketuhar ini juga dilengkapi dengan elemen pemanas keluli tahan karat 4 keping, panel kawalan keluli tahan karat, pemegang dan pemegang kaca pintu. Bercakap mengenai tenaga yang digunakan pula, ia memerlukan kira-kira 1500W untuk dihidupkan.
Untuk harga yang rendah, ia menampilkan ciri yang terhad namun masih berpatutan. Jika anda hanya memerlukan fungsi asas untuk menyediakan hidangan, makanya model ini adalah yang berbaloi untuk dibeli.
Khind 23L Electric Oven OT23B
Untuk model ini, ia adalah sedikit lebih besar berbanding Khind 11L OT11H yang mana membawakan kapasiti sehingga 23L.
Sama seperti Pensonic, ia sesuai digunakan untuk membakar dan memanggan selain akan membunyikan penggera sekiranya mencapai masa 60 minit penggunaan.
Untuk suhu, ia boleh ditetapkan mengikut keperluan anda yang mana suhu maksimanya adalah 250 darjah celsius.

Ketuhar ini bukanlah jenis perolakan yang mana ia tidak mempunyai kipas yang akan memanaskan makanan di dalamnya. Oleh itu, jika anda ingin memasak ayam, pastikan ia dipotong menjadi lebih kecil sebelum dimasak supaya keseluruhan ayam dapat dimasak dengan baik.
Bagi yang berminat, ketuhar ini boleh didapati pada harga RM155.90 sebuah untuk tempoh promosi. Harga asalnya adalah sekitar RM173.
Samsung MW5000T
Ia merupakan model ketuhar gelombang mikro yang terbaru yang mana menampilkan pelbagai pilihan warna yang menarik iaitu Clean Mint, Clean Pink dan juga Pure Black. Ia juga merupakan ketuhar jenis perolakan yang mana ia boleh mengawal suhu dengan baik selain hadir dengan kipas yang mampu memanaskan masakan secara menyeluruh.

Kapasiti yang ditawarkan adalah sebesar 23L. Lapisan dalam ketuhar membawakanenamel seramik yang boleh dibersihkan tanpa memerlukan anda untuk menggosok dan menyental dengan kuat apabila kotor.

Jika dibandingkan dengan kedua-dua ketuhar diatas, membawakan reka bentuk ketuhar yang moden dan minimalis serta fungsi memasak yang inovatif sesuai untuk pelbagai jenis masakan. Malah, ia juga merupakan solusi dua dalam satu yang mana turut hadir dengan ciri masakan yang lebih banyak seperti nyahbeku dan juga grill and fry.
Untuk membelinya, ia ditawarkan pada harga RM599 sebuah.
Jadi, ketiga-tiga model diatas adalah ketuhar yang boleh anda dapatkan bermula hari ini. Ia hadir dengan fungsi yang padat bersesuaian dengan penggunaan harian anda.