Kapas sangat sinonim dengan kegunaannya di dalam industri fesyen lebih-lebih lagi tekstil. Antara negara pengeluar kapas terbesar di dunia adalah India, Brazil, Uzberkistan, Pakistan, China, Australia dan Amerika Syarikat.
Untuk pengetahuan anda, sekitar 26.2 juta tan kapas dihasilkan setiap tahun. Yang mana, negara India dan China merupakan penyumbang terbesar dengan jumlah pengeluaran sekitar 12.3 juta tan untuk tahun 2020.

Kegunaan Kapas Dalam Pelbagai Industri
Seperti yang anda tahu, kapas adalah serat tumbuhan semula jadi yang tumbuh di sekitar benih tanaman kapas. Serat ini digunakan dalam industri tekstil yang merupakan titik permulaan rantaian pengeluaran sebelum terhasilnya pakaian anda.
Industri Pakaian
Proses yang diperlukan dalam menghasilkan pakaian adalah serat kapas yang diperoleh akan dipintal menjadi benang. Kemudian, benang kapas akan ditenun atau disirat atau rajut menjadi kain.

Industri Perubatan
Selain daripada tektil, pengguna utama kapas yang lain adalah industri perubatan. Ia merangkumi penggunaan untuk bagi merawat seperti anduh, pek haba, pelapik beg perubatan, pita pemasangan, inkubator dan juga tilam.
Mengapa kapas menjadi pilihan industri perubatan? Hal ini kerana, serat kapas adalah sangat lembut yang mampu menyerap kelembapan dan berkebolehan untuk tahan lama jika basah.
Industri Buku
Seterusnya, kapas juga boleh dijumpai di dalam industri pencetakan yang mana ia digunakan dalam penghasilan kertas. Dengan penggunaan kapas pada kertas, halaman buku akan menjadi lebih lentur, lebih kuat dan tahan lebih lama.
Walau bagaimanapun, penggunaan kapas dalam industri kertas adalah untuk pengeluaran kertas berkualiti tinggi yang digunakan oleh para profesional yang memerlukan salinan cetak dokumen mereka untuk bertahan dalam ujian waktu.
Industri Makanan
Bukan itu sahaja, kapas juga digunakan secara meluas di dalam makanan yang mana biji kapas akan diekstrak menjadi minyak yang kemudiannya digunakan sebagai dressing untuk salad.
Minyak Cottonseed atau dikenali juga sebagai minyak biji kapas merupakan minyak masak yang diekstrak daripada benih tumbuhan kapas dari pelbagai spesies sama ada Gossypium hirsutum dan Gossypium herbaceum.

Biji kapas mempunyai struktur yang serupa dengan biji minyak lain seperti biji bunga matahari yang mana mempunyai kernel minyak yang dikelilingi oleh lambung luar yang keras.
Untuk pengetahuan anda, minyak ini diproses separa kering yang mana ia menarik dan mengeluarkan minyak dengan cara menekan. Minyak yang terhasil daripadanya adalah minyak halus yang berwarna kuning dan mempunyai rasa yang baik.
Komponen utama adalah asid linoleik , asid oleik , asid lemak tepu dan banyak lagi. Hasilnya, minyak biji kapas ini dipasarkan secara meluas untuk produk seperti minyak masak, minyak salad, bahan mentah sabun dan juga minyak yang keras.
Evolusi Minyak Biji Kapas
Bergerak ke hadapan, tidak hanya untuk industri tekstil dan makanan, anda mungkin akan melihat lebih banyak lagi penawaran yang boleh dihasilkan menggunakan bahan kapas.
Minyak biji kapas biasanya digunakan dalam makanan yang diproses kerana kemampuannya untuk memanjangkan jangka hayat. Antara contoh produk yang mengandungi minyak kapas yang lain termasuklah snek, kerepek kentang, marjerin dan juga mayonis.

Disebabkan juga harganya yang jauh lebih murah, makanya kebanyakan pengilang lebih memilih untuk mengggunakan minyak biji kapas sebagai pengganti minyak sayuran yang lain.
Selain makanan juga, rata-rata produk kecantikan juga telah mula memanfaatkan minyak biji kapas. Ia mengandungi kepekatan tinggi vitamin E, asid lemak dan antioksidan yang mempunyai banyak manfaat untuk kulit seperti memberikan kelembapan menyeluruh, bersifat anti-radang dan juga bertindak sebagai agen anti penuaan.
Sumber: Statista , Healthline , Cotton Mill