‘Carrot and Stick‘ atau ‘Lobak dan Kayu’ merupakan antara teori yang digunakan dalam bidang psikologi. Ia merupakan satu kaedah dan pendekatan yang mana akan memberikan lobak sebagai hadiah dan kayu sebagai hukuman ke atas sesuatu tindakan.
Kebiasaannya untuk kaedah ini, ia boleh digunakan secara efektif dalam kalangan pelajar lebih-lebih lagi menggalakan pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Walau bagaimanapun, untuk kebanyakan pengurusan syarikat pada masa ini telahpun mula menggunakan teori ini bagi memupuk satu motivasi dalam diri pekerja.
Sebagai contoh, pekerja akan merasakan yang mana mereka perlu mencapai sesuatu matlamat bagi mendapatkan penghargaan. Hasilnya, ia dapat mengubah tingkah laku dan prestasi dalam tempoh masa yang pendek.
Aplikasi Lobak Merah Dan Kayu Dalam Kehidupan Individu
Secara umumnya, teori lobak merah dan kayu dapat diaplikasikan dalam. pelbagai keadaan harian anda sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk individu yang lain.
Hal ini kerana, proses perlaksanaannya adalah mudah dan jelas yang mana anda hanya perlu tetapkan matlamat yang ingin dicapai dan nyatakan apakah lobak merah dan kayu yang anda inginkan sebagai hasil.

Sebagai contoh, matlamat anda mahu mengurangkan perbelanjaan untuk barang bukan keperluan. Makanya, anda perlu menyenaraikan apakah barang. keperluan dan apa yang bukan. Di akhir bulan, anda perlu melihat sama ada matlamat anda tercapai atau sebaliknya. Jika anda berjaya, anda boleh mendapat ganjaran seperti raikan dengan makan makanan kesukaan anda. Jika tidak berjaya, makanya anda perlu mengasingkan lagi sejumlah wang perbelanjaan anda dan mendermakannya.
Pendekatan lobak merah dan kayu boleh berfungsi dengan baik untuk mengubah tabiat buruk anda. Dengannya, ia dapat membimbing diri untuk mengelakkan tindakan yang tidak sewajarnya selain melatih diri untuk bertanggungjawab kepada pelan yang telah disasarkan.
Kesan Pendekatan Lobak Merah Dan Kayu Untuk Jangka Masa Panjang
Walaupun ia memberikan motivasi kepada individu untuk memperoleh dan mencapai sesuatu. Namun, ada kajian yang mengatakan pendekatan ini tidak memberikan kesan kepada sesetengah peringkat umur iaitu sekitar 18 hingga 27 tahun.
Hal ini kerana, jika kita diberi penghargaan kerana melakukan sesuatu, kita cenderung kehilangan minat terhadap apa pun yang harus kita lakukan dan akhirnya akan melakukannya sekadar untuk mendapatkan hadiah.
Sumber: The Conversation , thebcfgroup