Carian
Resipi Lontong Johor – Juadah Tradisional Dari Anchor Food Professionals
May 4, 2021 Lina Rosli

Berikut adalah senarai bahan dan juga cara penyediaan yang diperlukan dalam menjadikan rasa Lontong Johor anda lebih enak dan lazat.


Bahan-bahan

Untuk pes:
  • 200g bawang merah (dihiris)
  • 30g bawang putih
  • 30g halia
  • 20g udang kering
Untuk kuah:
  • 100g minyak masak
  • 80g lengkuas
  • 250g serai
  • 1 sudu teh besar cili kisar
  • 1 sudu teh kecil serbuk kunyit
  • 1500g air
  • 180g lobak merah (dipotong mancis)
  • 180g kobis
  • 150g kacang panjang (dipotong sepanjang 3 cm)
  • Tempe (dipotong kuboid kecil) 
  • Tahu (dipotong kuboid kecil)
  • Gula dan garam secukupnya
  • 250g Anchor Extra Yield Cooking Cream
Bahan Lain:
  • Nasi impit yang telah direbus
  • Telur rebus
  • Sambal tumis
  • Suhun

Cara penyediaan:

  1. Kisar kesemua bahan untuk pes.
  2. Panaskan minyak dan kemudian tumis pes bersama dengan serai, lengkuas, cili kisar.
  3. Setelah naik minyak, letakkan serbuk kunyit bagi mendapatkan warna yang lebih terang.
  4. Tambahkan air. Selepas itu, letakkan Anchor Extra Yield Cooking Cream dan biarkan ia reneh.
  5. Masukkan sayuran seperti kobis, lobak, suhu dan kacang panjang.
  6. Seterusnya, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan ia selama 3-5 minit.
  7. Akhir sekali, tambah tempe dan tahu yang telah digoreng terlebih dahulu.
  8. Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus dan juga sambal tumis sebagai pelengkap rasa.
Komen