Untuk pengetahuan anda, kadar pengambilan mi segera dalam hidangan harian boleh dikatakan agak tinggi. Sekitar 97.7 bilion mi segera telah dikeluarkan pada tahun 2015 yang mana antara negara dengan pengguna tertinggi adalah China, Korea dan Hong Kong.

Tidak ketinggalan, Malaysia juga turut mempunyai bilangan pengambilan mi segera yang tinggi iaitu sekitar 1.45 bilion bungkus dimakan pada tahun 2019.

Dengan lambakan jenama baru selain variasi produk untuk mi segara telah dikeluarkan di pasaran, maka tidak hairanlah mengapa jumlah pengambilan mi segara meningkat dari tahun ke tahun.

Walau bagaimanapun, kesan pengambilan mi segara dalam hidangan perlu dipandang serius. Hal ini kerana ia mengandungi kandungan garam yang tinggi sehingga boleh memudaratkan kesihatan bagi sesetengah individu.

Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda berapa kerap boleh anda makan mi segera dalam satu tempoh masa.

Bolehkah Mengambil Mi Segera Terlalu Kerap?

Berdasarkan sampel tinjauan yang dilakukan oleh The Health Site, ia memperlihatkan kadar plumbum yang terkandung pada Maggi adalah melebihi 2.5ppm selain turut mengandungi monosodium glutamate yang mana bahan ini tidak dinyatakan pada fakta nutrisi pada plastik pembungkusan.

Mengulas lanjut mengenai kehadiran plumbum pada makanan, ia semestinya merupakan bahan yang berbahaya untuk kesihatan yang mana boleh mengakibatkan masalah pencernaan dan yang paling membimbangkan adalah kesan kepada otak, buah pinggan dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, untuk mengeluarkan bahan-bahan ini daripada badan bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini kerana, setiap kali anda makan mi segara yang lain, ia akan terkumpul di dalam badan yang mana pada kuantiti yang besar proses pencernaannya akan lebih mengambil masa yang lama.

Oleh itu, bolehkah anda mengambil mi segera terlalu kerap? Jawapannya adalah tidak. Ada kajian yang mengatakan, jika anda memakan mi segara sekurang-kurangnya dua kali seminggu, ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, risiko kencing manis dan juga kadar kolestrol yang tinggi.

Bagi anda yang masih ingin mengambil mi segera, jumlah yang paling sesuai untuk anda makan adalah sekitar dua minggu sekali atau selang 15 hari sekali. Ada juga yang berpendapat yang mana pengambilan mi segera untuk sarapan adalah tidak digalakkan kerana ia mengandungi karbohidrat yang susah untuk dicerna serta tidak memberikan tenaga yang mencukupi untuk menjalani aktiviti harian anda.

Sumber: Statistaboxgreen