Pastinya semua orang sangat mengenali entiti yang bernama Shopee. Lebih-lebih lagi sejak era pandemik ini yang mana menyaksikan peningkatan dalam urusan jual beli di laman edagang Shopee.
Sebut sahaja produk dan kategori apa, anda akan menjumpai dan boleh mendapatkannya pada harga yang rendah dan berpatutan. Bermula dari barangan kelengkapan rumah sehingga ke produk penjagaan diri, Shopee boleh dikatakan ruang yang tepat untuk anda berbelanja.

Jika ada kelebihan, pasti ada kekurangan juga, disebabkan aksesnya yang mudah, sudah tentu ia akan memberikan keburukan kepada pengurusan kewangan. Ia amat penting untuk anda membuat keputusan yang bijak sebelum meneruskan transaksi dengan mengawal dan mengurangkan perbelanjaan anda sebelum mula semak keluar.
Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi 5 tips yang boleh anda ikuti ketika berbelanja di Shopee. Selamat mencuba!
Muat Turun Aplikasi ShopBack
Seperti yang anda ketahui, ShopBack bukan sahaja menawarkan sebahagian besar pulangan tunai yang berbaloi. Malah, ia juga memberikan beberapa tawaran hebat dan kod promo pada banyak peniaga secara atas-talian.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu mendaftar akaun, klik pada platform Shopee dan klik “Aktifkan Pulangan Tunai”. Seterusnya, anda boleh membuat pembelian dan semak nilai pulangan tunai yang anda peroleh.
Walau bagaimanapun, ia hanya boleh digunakan untuk transaksi menerusi aplikasi telefon pintar sahaja dan tidak boleh digunakan menerusi versi web.

Gunakan Shopee Pay
Shopee Pay adalah dompet digital yang ditawarkan oleh Shopee. Melaluinya, anda boleh menambah dan menggunakan wang tersebut sewaktu melakukan transaksi.
Apa yang menarik mengenai Shopee Pay adalah ia menawarkan pelbagai diskaun dan baucar di Shopee apabila anda mengaktifkan kaedah pembayaran menggunakan Shopee Pay. Antara kelebihan termasuk penawaran penghantaran secara percuma dan juga pulangan koin yang lebih tinggi berbanding biasa.
Tebus Baucar Sebelum Semak Keluar
Dapatkan baucar berganda sama ada baucar dari Shopee dan juga baucar dari pekedai. Dengan ini, anda boleh mendapatkan lebih banyak potongan harga dan pulangan koin yang berbaloi.
Antara baucar yang perlu anda tebus termasuklah baucar untuk penghantaran percuma dan juga baucar baucar eksklusif daripada pelbagai jenama di Shopee Mall.

Kumpul Dan Tebus Koin Anda
Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan koin atau duit syiling setiap hari. Anda boleh menebus koin maksima sehingga 3000 Shopee Coins dan tolak nilainya pada produk yang ingin dibeli.
Tidak ada jumlah minimum Shopee Coins yang diperlukan sebelum anda boleh menggunakannya. Untuk pengetahuan anda, 100 Shopee Coins akan memberi anda diskaun RM1 untuk setiap pesanan dari penjual Shopee Preferred dan Shopee Mall.

Beli Sewaktu Flash Sale
Jualan Kilat atau Flash Sale kebiasaannya menawarkan pelbagai tawaran dan penjimatan yang besar. Oleh itu, pastikan sebelum anda membuat sebarang pembelian, imbas aplikasi terlebih dahulu untuk jualan kilat yang tersedia.
Konklusinya, pastikan anda menggunakan kesemua fungsi dan tawaran menarik yang disediakan pada platform Shopee. Dengan ini, anda boleh mendapatkan harga untuk sesuatu barangan dengan lebih rendah. Kumpul koin atau baucar promosi supaya ia dapat membantu anda pada masa akan datang.