Bersempena raya ini, nampaknya Sephora kini memperkenalkan koleksi terbaru dibawah siri Best Skin Ever.
Ia membawakan kepada anda hasil yang tahan lebih lama yang mana sesuai untuk anda yang mungkin berada di luar atau tidak mempunyai waktu yang banyak untuk menambah semula solekan.
Menerusi koleksi ini, anda boleh mendapatkan pelbagai produk termasuk bedak asas (foundation), concealer, pembersih wajah, penyegar, air miselar, serum dan juga berus solekan.
Mengulas serba sedikit mengenai koleksi terbaru dari Sephora ini, bedak asas Best Skin Ever menawarkan penghidratan dan perlindungan yang baik untuk memperbaiki kulit anda. Ia juga menampilkan ekstrak alga perang dan juga asi hyaluronik yang boleh menampakkan kulit yang lebih halus selain tona yang sekata.
Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga RM87 sebotol dan memilih 1 daripada 50 tona yang berpadanan. Sementara, concealer pula ditawarkan pada harga RM68 sebotol.
Seterusnya, penyegar Best Skin Ever menampilkan bahan yang baik untuk mengimbangi kerosakan kulit akibat asap dan juga pencemaran di luar. Ia boleh didapati pada harga RM74 sebotol.
Dengan Ultra Glow Serum, anda boleh mendapatkan penghidratan untuk kulit yang merangkumi vitamin C, E dan peptida yang berfungsi untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit kelihatan lebih berseri. Anda boleh mendapatkannya pada harga RM87.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Sephora atau anda boleh mula membuat pembelian secara atas-talian atau rangkaian berdekatan hari ini.