Pada 5 Mei ini, kerajaan Malaysia telahpun mengumumkan penawaran subsidi untuk kredit telekomunikasi kepada rakayat berpendapatan rendah.
Setiap individu yang tidak mempunyai anak akan memperoleh sebanyak RM180 kredit subsidi. Sementara RM300 pula individu yang mempunyai anak berusia bawah 18 tahun.
Di bawah Program Jaringan Prihatin ini, anda yang berkelayakan boleh mendaftar pada mana-mana syarikat telekomunikasi yang diminati dan nikmati pelan data dan juga pakej telefon pintar yang berbaloi.
Berikut adalah senarai penawaran yang ditampilkan oleh setiap syarikat telekomunikasi di seluruh Malaysia.
Maxis
Untuk Maxis, anda boleh memilih dan mendapatkan beberapa penawaran iaitu:
Dengan menggunakan kredit subsidi RM180:
- Anda boleh melanggan pelan pascabayar atau prabayar dan terima kredit RM15 selama 12 bulan
- Anda juga boleh membeli telefon pintar dengan nilai subsidi RM180
Untuk anda yang menerima kredit subsidi RM300:
- Anda boleh melanggan pelan pascabayar atau prabayar dan terima kredit RM15 selama 12 bulan
- Anda juga boleh membeli telefon pintar dengan tebus kredit RM300.

Malah, dibawah Program Jaringan Prihatin Juga, anda boleh menikmati data percuma 2GB setiap hari.
Untuk mendaftar, anda boleh melayari aplikasi Hotlink dan klik butang ‘Shop’> ‘Jaringan Prihatin’ > Masukkan No. Kad Pengenalan > tunggu SMS pengesahan
Untuk menebus, anda boleh klik ‘View Monthly Passes’> dan pilih pas internet yang diberi subsidi
Anda boleh menyemak laman Maxis hari ini untuk mengetahui lanjut berkaitan terma dan syarat untuk mendapatkan subsidi ini.
Celcom
Bagi anda yang menggunakan Celcom, berikut adalah penawaran yang ditawarkan:
Untuk pengguna prabayar:
- Anda boleh menebus kredit RM15 melalui aplikasi Celcom Life. Kemudiannya, pilih pas bulanan yang diminati.
Untuk pengguna pascabayar:
- Anda boleh mendapatkan rebat RM180 atau RM300 untuk pembelian telefon pintar.
- Anda boleh menerima rebat RM25 untuk pelan pascabayar dengan telefon melebihi 1 tahun. Sementara RM15 pula untuk pelan pascabayar biasa untuk 1 tahun keatas.


Untuk menikmati penawaran ini, anda boleh semak kelayakan ada di laman Celcom > tebus langganan pelan atau peranti > tebus Internet harian 2GB percuma selama 1 tahun melalui aplikasi Celcom Life
Anda boleh menyemak laman Celcom hari ini untuk mengetahui lanjut berkaitan terma dan syarat untuk mendapatkan subsidi ini.
Digi
Bagi anda yang menggunakan Digi, berikut adalah penawaran yang ditawarkan:
Untuk anda yang menerima subsidi RM180:
- Anda boleh mendapatkan pelan Digi NEXT 35 pada harga langganan RM20 sebulan dengan data 30GB dan panggilan tanpa had 30 hari.
- Anda boleh melanggan pelan Digi Postpaid 60 pada harga RM45 dengan data 25GB dan panggilan tanpa had 30 hari.

Untuk anda yang menerima subsidi RM300:
- Langgan pelan Prihatin 35 Prepaid Bundle dan dapatkan data 30GB dengan telefon Samsung Galaxy A02 percuma.
- Langgan pelan Prihatin 40 Prepaid Bundle dan terima data 10GB dan pilihan peranti seperti Samsung Galaxy A02s, Galaxy A025, Galaxy Tab A 8.0, Realme C11, Realme C15, Vivo Y1s, Vivo Y20 2021, Oppo A15, Oppo A15s dan Lenovo Tab M10 dengan potongan harga berbaloi
Untuk mendapatkannya, anda boleh semak kelayakan di laman rasmi Digi > bagi pengguna baru, aktifkan nombor > daftar pelan Jaringan > tebus rebat pelan dan peranti
U Mobile
Bagi anda yang menggunakan Celcom, berikut adalah penawaran yang ditawarkan:
Dengan menggunakan kredit subsidi RM180:
- Anda boleh melanggan pelan pascabayar atau prabayar dan terima kredit RM15 setiap bulan selama 12 bulan dengan langganan pelan RM30
- Anda juga boleh membeli telefon pintar dengan nilai subsidi RM180
Untuk anda yang menerima kredit subsidi RM300:
- Anda boleh melanggan pelan pascabayar atau prabayar dan terima kredit RM15 setiap bulan dengan langganan pelan RM50 ke atas.
- Anda juga boleh membeli telefon pintar dengan tebus kredit RM300.

Untuk menebusnya, anda boleh log masuk ke aplikasi MyUMobile > daftar untuk Jaringan Prihatin dengan memasukkan nombor kad pengenalan > pilih ‘Plan Subsidy’ yang anda inginkan.
Malah, dibawah Program Jaringan Prihatin Juga, anda boleh menikmati data percuma 2GB setiap hari.
Unifi
Bagi anda yang menggunakan pelan Unifi, berikut adalah penawaran yang ditawarkan:
Untuk pengguna prabayar:
- Anda boleh melanggan pelan #BebasPrepaid, anda boleh mendapatkan data percuma 1GB setiap hari selama 12 bulan dan juga 2GB LTE data setiap bulan.
Untuk pengguna pascabayar:
- Anda boleh mendapatkan pelan Unifi Mobile 39 pada harga langganan RM24 sebulan dengan data 30GB dan ditambah dengan kuota asal sebanyak 5GB.
Untuk mendapatkannya, anda boleh semak kelayakan di laman rasmi Unifi> dapatkan pelan Unifi Mobile 39 > aktifikan pelan > tebus rebat pelan.

Yoodo
Di dalam pelan Jaringan Prihatin Yoodo, anda boleh mendapatkan data internet sebanyak 80GB secara keseluruhan pada harga RM20.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan 2GB data percuma setiap hari selama 12 bulan.

TuneTalk
Bagi anda yang menggunakan TuneTalk, berikut adalah penawaran yang ditawarkan:
Untuk pengguna pascabayar:
- Anda boleh melanggan pelan pascabayar RM13 dengan kuota data 6GB selama 12 bulan.
- Anda boleh melanggan pelan pascabayar RM33 dengan kuota data 10GB selama 12 bulan.
- Anda boleh melanggan 120GB data sepanjang tahun pada harga hanya RM20.

Anda juga boleh mendapatkan subsidi untuk peranti pintar:
- Untuk anda yang menerima subsidi kredit RM180, anda boleh melanggan PJP Bundle A dan dapatkan Vivo Y1s, 120GB Yearly Plan, 10GB data setiap bulan selama 12 bulan pada harga RM418.
- Untuk anda yang menerima subsidi kredit RM180, anda boleh melanggan PJP Bundle B dan dapatkan Vivo Y1s, pelan bulanan 6GB, 6GB data setiap bulan selama 12 bulan pada harga RM248.
- Untuk anda yang menerima subsidi kredit RM300, anda boleh melanggan PJP Bundle A dan dapatkan Vivo Y20, pelan bulanan 20GB selama 12 bulan pada secara percuma.
- Untuk anda yang menerima subsidi kredit RM300, anda boleh melanggan PJP Bundle A dan dapatkan Vivo Y20, pelan bulanan 10GB selama 12 bulan pada harga RM318.
Malah, dibawah Program Jaringan Prihatin Juga, anda boleh menikmati data percuma 2GB setiap hari.