Carian
Selendang Kolaborasi Sephora X Hanya Untuk Raya Ini
May 6, 2021 Lina Rosli

Mungkin anda yang masih lagi tercari-cari tudung untuk raya ini, apa kata dapatkan koleksi terbaru kolaborasi antara Sephora dan Hanya.

Ia menampilkan unsur moden dan minimalis yang mana membawakan rekaan corak simetri. Ia merupakan kolaborasi pertama antara jenama global Sephora dan juga jenama tempatan Hanya.

Menurut Hanya, mereka mendapati bahawa Sephora selalu tampil dengan menghasilkan palet bayangan mata yang menggunakan corak segitiga dan geometri. Hasilnya, ia membawakan aura yang tampak anggun dan indah untuk si pemakai.


Oleh itu, aspirasi dari palet bayangan Sephora, Hanya menyesuaikan bentuknya sehingga menjadi reka bentuk selendang. Bukan itu sahaja, kebanyakan selendang juga sukar untuk dipadankan bersama solekan yang mana akan menjadikan sukar untuk penggayaan diri untuk sesuatu majlis. Jadinya, Hanya turut menggunakan pendekatan yang sama dalam memilih palet warna untuk selendang edisi terhad Sephora x Hanya.


Bagi yang berminat, dapatkan tudung edisi terhad ini di Sephora Malaysia yang mana ia boleh ditebus secara atas-talian atau di semua kedai di Malaysia dengan pembelian minimum RM280. 

Gunakan kod ‘Raya21’ sebelum mula semak keluar barangan kecantikan anda. Jangan lupa untuk mendaftar Beauty Pass bagi menikmati. lebih banyak diskaun dan juga tawaran menarik di Sephora sehingga 28 Mei ini.

Komen