Carian
Sejarah Piza – Bagaimana Ia Boleh Menjadi Pilihan Kebanyakan Individu?
May 7, 2021 Lina Rosli

Selain burger dan juga makanan segera yang lain, piza adalah antara hidangan yang sering menjadi pilihan individu di kebanyakan negara.

Untuk pengetahuan anda, di Amerika Syarikat, sebanyak tiga bilion piza dijual setiap tahun dengan purata pembelian sekitar 46 keping setiap orang.

Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi mengenai idea asal piza sewaktu mula diperkenalkan dan  bagaimana ia boleh mendominasi global dengan penawaran yang berbeza mengikut bangsa.


Asal Usul Piza

Bercerita mengenai makanan sebelum wujudnya piza, ramai individu telahpun menjadikan roti sebagai makanan ruji lebih-lebih lagi untuk masyarakat Timur dan Barat.

Bagi setiap hidangan bersama roti, mereka akan membawakan lauk yang sesuai untuk dimakan bersama-sama dengannya. Ia termasuklah kepingan daging dan ayam yang menjadi sumber protein di dalam hidangan tersebut.

Piza mula diperlihatkan di Virgil’s Aeneid yang mana ianya dibentangkan di atas pinggan. Aeneas mengasaskan hidangan piza ini dengan menjadikan roti gandum kepada bentuk roti rata yang nipis dan leper yang mana diatasnya diletakkan cendawan dan ramuan yang ditemui di dalam hutan.


Kemudian, pada akhir abad ke-18, hidangan piza seperti yang. kita kenali selama ini baru muncul di bandar Napoli. Disebabkan perkembangan ekonomi berlaku disitu, makanya penduduk di situ memerlukan makanan yang senang dan mudah didapati dikebanyakan tempat.

Oleh itu, piza memenuhi keperluan ini yang mana ia dijual pada harga yang murah. Walau bagaimanapun, pada waktu itu piza bukan dijual kedai, tetapi ditawarkan oleh penjual jalanan. Disebabkan saiznya yang besar, penjual akan memotong piza untuk memenuhi anggaran atau selera pelanggan.

Piza Dahulunya Sekeping Roti Yang Mual?

Untuk masa yang lama, piza sebenarnya bukanlah satu makanan yang menyelerakan dan lazat. Makanya, ia tidak begitu digemari oleh kebanyakan pengunjung yang datang ke Napoli.

Namun, apabila Itali mula mengambil idea piza ia sedikit sebanyak telah berubah. Pada tahun 1889, Raja Umberto I dan Ratu Margherita dari Itali merasa bosan dengan hidangan Perancis yang rumit yang disajikan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Selepas itu, Raja meminta tukang masaknya untuk menyediakan beberapa makanan istimewa tempatan untuk ratu. Tukang masaknya atau lebih dikenali sebagai Raffaele Esposito memasak tiga jenis pizza. Yang pertama beliau meletakkan lemak babi, caciocavallo dan daun basil di atas roti. Hidangan kedua, beliau meletakkan kacang chickpeas yang digoreng bersama dengan tomato, mozzarella dan juga selasih. Untuk piza ketiga pula, beliau menyediakan pizza yang menggunakan bahan seperti tomato, keju mozzarella, basil segar, garam dan minyak zaitun.


Pada waktu itu, Ratu sangat menyukai hidangan piza ketiga dan akhirnya menamakan piza itu sebagai Margherita Pizza. Bermula dari situlah, hidangan piza yang enak dan lazat telahpun diperluaskan ke seluruh Itali.

Revolusi Industri Piza – Dari Sejuk Beku Ke Penghantaran Pantas

Bergerak ke akhir abad ke-19, sebilangan besar orang Itali mula berhijrah ke Amerika Syarikat dan mereka membawa resipi hidangan piza mereka bersama-sama.

Piza perlahan-lahan diperluaskan ke New York, New Jersey, dan kawasan lain dengan populasi pendatang Itali yang besar. Hidangan ini mula menarik perhatian ramai selepas Perang Dunia II sehinggalah terciptanya piza sejuk beku.

Pizza sejuk beku diciptakan pada tahun 1950 oleh pemilik restoran Minneapolis, Rose Totino. Ketika itu, Amerika Syarikat menyaksikan perubahan ekonomi dan teknologi yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Oleh kerana masyarakat di sana meminati penyejuk beku, makanya banyak makanan mula diperkenalkan dalam bentuk sejuk beku yang mana lebih diminati dan mudah dimakan. Sejak itulah, piza sejuk beku menjadi ruji biasa yang mana sos tomato menggantikan kepingan tomato untuk mengelakkan adunan kering semasa memanaskan semula.

Revolusi penawaran piza sekali lagi berlaku apabila Kedai Piza Domino mula muncul di dalam industri. Jika sebelum ini, piza disediakan dalam keadaan panas, namun ia kemudiannya berubah kepada piza yang boleh dipanaskan semula pada bila-bila waktu.

Dan pada hari ini, dengan bertambahnya ketersediaan kereta dan motosikal, menjadikannya ia mudah untuk menghantar makanan yang baru dimasak terus ke pintu pelanggan dan pizza adalah antara hidangan pertama yang disajikan melalui perkhidmatan penghantaran ke rumah.

Pada tahun 1960, Tom dan James Monaghan mendirikan ‘Dominik’s’ di Michigan dan setelah berjaya membina reputasi untuk penghantaran pantas, mereka mengambil keputusan untuk menamakan semula syarikat menjadi “Domino” di seluruh negara. 

Kesan dari perubahan ini, individu mula mendapatkan piza dalam pelbagai acara selain memanggil sebagai makanan mudah alih yang lebih standard dan lebih rentan terhadap variasi. Penawaran lauk di atas piza yang juga boleh dikemaskini mengikut pilihan juga menjadi salah satu faktor mengapa ia menjadi hidangan universal di seluruh dunia.

Sumber: andysitaliankitchen , History Today , wonderopolis

Komen