Tekanan air pada pancuran mandi adalah penting dalam memastikan kelancaran proses mandian. Hal ini kerana, le ih rendah tekanan air, ia akan memberi kesan kepada panjangnya waktu mandian untuk hari tersebut.
Terdapat beberapa fakto yang boleh menyebabkan tekanan air menjadi rendah. Berikut adalah beberapa cara mudah untuk mencuba dan memperbaikinya sendiri tanpa perlu memanggil tukang paip.

Kerap bersihkan kepala pancuran
Adalah normal bagi kepala pancuran untuk tersumbat dengan deposit mineral dan anasir lain dari semasa ke semasa. Jadi jika anda belum membersihkannya anda boleh memulakan dengan itu.
Caranya, buka penutup kepala pancuran anda dan rendamkannya dalam semangkuk cuka selama lapan jam. Setelah selesai, jika anda melihat sisa mineral yang tersisa, gunakan pencungkil gigi untuk mengeluarkannya. Sekiranya masih tersumbat, anda disarankan untuk menukar kepala pancuran yang baru.
Periksa kepala pancuran dan tetapannya
Satu lagi kemungkinan penyebab tekanan rendah adalah tetapan kepala pancuran yang tidak tepat. Ia mungkin dikunci terlalu rapat sehingga menyebabkan tekanan untuk mengeluarkan air tidak begitu kuat.
Beberapa kepala pancuran dengan aliran rendah mempunyai pengehad aliran yang membolehkan anda menyesuaikan tekanan air. Penyelesaian untuk masalah anda mungkin dengan menetapkan semula penghad aliran.
Cara untuk melonggarkannya adalah dengan menggunakan sepasang sepana pengunci mulut lebar atau sepana paip dan kain untuk melepaskan pancuran mandian. Dengan melepaskan pengawal aliran, anda dapat meningkatkan aliran pancuran.
Periksa injap utama air
Sekiranya kedua-dua penyelesaian masih tidaj menyelesaikan isu, anda mungkin harus memeriksa injap utama air anda kerana ia berfungsi dalam mengawal jumlah air yang mengalir ke setiap lekapan di rumah.
Ia mungkin tertutup sebahagian, yang pasti mempengaruhi tekanan air di pancuran anda. Terdapat dua injap utama yang ingin anda periksa iaituL
Injap utama: Air utama ke rumah anda akan terletak berhampiran meter air anda. Anda akan melihat dua injap; putar keduanya berlawanan arah jam untuk membukanya sepenuhnya.
Injap mandi: Ini mungkin terletak di ruang bawah tanah rumah anda. Putar lawan arah jam untuk membukanya.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu meningkatkan aliran tekanan air di pancuran mandi anda. Jika masih terdapat masalah, makanya anda perlu mendapatkan bantuan daripada plumber atau pakar paip untuk menyelesaikannya.