Carian
Burger Tanpa Daging Nestle Harvest Gourmet Kini Di FoodPanda
May 7, 2021 Lina Rosli

Bagi anda yang meminati makanan tanpa daging (meat-free) ataupun anda seorang vegan, pastinya penawaran Nestle Harvest Gourmet terbaru ini mungkin akan menarik perhatian anda.

 Jika sebelum ini mereka telah hadir dengan penawaran minuman bukan dari produk tenusu untuk barisan produk Milo dan juga Nescafe. Nampaknya Nestle sekali lagi telah meluaskan lagi penawaran produk mereka untuk segmen makanan vegan dengan memperkenalkan altenatif kepada daging lembu dan juga ayam.

Nestle Harvest Gourmet telah hadir dengan tiga produk terbaru iaitu Harvest Gourmet’s Chargrilled Pieces, Sensational Burger dan Schnitzel yang mana ketiga-tiganya membawakan bahan bebas daging dan fillet vegan yang sedap.


Untuk pengetahuan anda, semua produk Nestle Harvest Gourmet berasaskan tumbuhan dan tinggi protein dan serat. Produk ini dibuat khas dari sumber organisma yang tidak diubahsuai secara genetik selain tidak mengandungi bahan pengawet tiruan. Oleh sebab itu, bagi anda yang mengamalkan gaya pemakanan vegan, ia sangat sesuai untuk anda mendapatkannya.


Bagi yang berminat, produk Nestle Harvest Gourmet akan tersedia hanya di pandamart selain penawaran ini terhad sehingga 9 Mei 2021 sahaja. Buat sama ini, tidak diketahui lagi tarikh penawaran ketiga-tiga produk ini di rangkaian fizikal pasaraya yang lain di seluruh Malaysia.

Harga Yang Ditawarkan

Chargrilled Pieces. – RM15.60

Sensational Burger – RM17.30

Gourmet Schnitzel – RM15.60

Komen