Carian
Cat Tertumpah Di Lantai? Ikuti Kaedah Ini Untuk Hilangkannya
May 7, 2021 Lina Rosli

Menghilangkan kesan cat pada lantai vinyl, perabot kayu atau permukaan kayu lain semestinya bukanlah satu perkara yang mudah.

Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda peka dengan cara kerja anda semasa mengecat. Sementara cat masih basah, anda disarankan untuk menggunakan kain lap untuk mengelap cat dari lantai kayu.

Namun jika tidak sempat, anda perlu menggunakan beberapa bahan lain yang boleh membersihkan cat tanpa merosakkan permukaan lantai dan perabot anda.


Sebelum mula kepada kaedah pembersihan, anda perlu mengetahui terlebih dahulu. Periksa cat yang anda gunakan sama ada ia merupakan cat berasaskan air atau minyak.

Selepas itu, barulah anda boleh beralih ke langkah yang seterusnya menguji cat tersebut untuk menentukan langkah penyingkiran yang paling mudah.

Untuk menetukan sama ada cat tersebut berasaskan minyak atau air, anda boleh menggunakan bahan alkohol.

Basahkan kapas dengan alkohol isopropil dan mula menggosok pada bahagian yang kotor. Sekiranya cat tidak hilang, makanya cat yang anda guna adalah berasaskan minyak. Hal ini kerana, untuk cat berasaskan air biasanya kotoran tersebut lebih mudah ditanggalkan apabila basah.

Bersihkan dengan sabun dan air

Untuk membersihkan percikan cat atau tumpahan yang lebih besar, pastikan anda sentiasa mulakan dengan kaedah yang paling lembut iaitu dengan. membuat campuran sabun dan air.

Lap secara perlahan dan elakkan menggunakan peralatan besi yang boleh menyebabkan lantai anda calar.

Anda boleh menggunakan kain gentian mikro ke dalam larutan. Apabila cat sudah mula menghilang, lapkan kotoran dengan kain kering.


Guna alkohol isoprofil dan jus lemon

Sekiranya sabun dan air tidak berfungsi, campurkan larutan tiga bahagian alkohol isopropil dan satu bahagian jus lemon ke dalam mangkuk kecil. Mulailah dengan mengikis cat sebanyak mungkin dengan bahagian belakang pisau tanpa merosakkan kemasan lantai.

Celupkan kain ke dalam campuran alkohol dan letakkan kain di atas cat dan biarkan ia kembang selama lima minit. Gunakan kain lembap untuk membersihkan cat. Selesaikan dengan mengelap kawasan itu dengan kain yang dicelupkan ke dalam air bersih dan guna kain kering untuk hasil akhir yang lebih baik.

Gunakan penghilang cat atau thinner

Sekiranya ingin membersihkan cat berasaskan minyak, anda perlu menggunakan penghilang cat atau thinner seperti turpentin.

Semasa menggunakan turpentin, pastikan bilik anda mempunyai ruang udara yang baik dan tidak terdedah dengan api atau pembakaran terbuka seperti lilin.

Diharap perkongsian ini memudahkan anda untuk membersihkan lantai rumah dengan lebih berkesan. Selamat mencuba!

Komen