Kleenex kembali lagi dengan rekaan kotak tisu yang menarik dan unik yang menampilkan kolaborasi bersama kartunis negara, Datuk Lat.
Bersama-sama dengan penawaran ini, Kleenex tampil dengan kempen #SoftIsStrong yang menggalakkan rakyat Malaysia agar meraikan kelembutan yang ada di dalam diri mereka dengan menzahirkan kepada rakan-rakan, keluarga dan jiran tetangga sepanjang bulan yang mulia ini.
Rekaan kartun pada kotak tidu ini diinspirasikan oleh kelembutan tisu muka Kleenex dan keteguhan semangat rakyat Malaysia seperti yang digambarkan oleh ilustrasi Datuk Lat.
Bagi yang berminat, produk istimewa ini boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan platform e-dagang utama di seluruh negara pada harga RM12.90. Layari laman Facebook rasmi Kleneex untuk maklumat lanjut.