Carian
Tajria Tampil Dengan Muka Baru – Mari Mula Tulis Di Tajria
May 7, 2021 Lina Rosli

Tajria adalah sebuah laman perkongsian yang membawakan topik darpada variasi aspek kehidupan. Antara topik yang dibincangkan termasuk resepi, kecantikan, kesihatan, motivasi, fesyen, gaya hidup, automotif dan keluarga yang sesuai dengan peredaran dunia dan topik semasa.

Kami juga mengumpulkan idea dan pengalaman dari semua individu termasuk dari kalangan pembaca Tajria sediri dengan menjadikan platform ini sebagai satu medium untuk anda berkarya dan berkongsi pendapat. Kami juga ingin membuka peluang kepada anda untuk berkarya, dan menjadikan laman Tajria sebagai satu inisiatif untuk menyampaikan maklumat.


Bagaimana Untuk Mula Menulis?

Langkah 1: Daftar dan cipta akaun anda di Amanz.me

Pergi ke halaman utama tajria dan mula mendaftar. Klik pada butang ‘Daftar Masuk’ dan cipta akaun baru jika anda belum pernah mendaftar sebelum ini.

Langkah 2: Create new post

Jika anda sudah mendaftar, klik butang ‘Tulis’ dan kongsikan artikel anda hari ini.

Tulis topik kegemaran anda dan terus kongsikan bersama pembaca Tajria.

Langkah 3: Menetapkan Thumbnail pada artikel

Untuk menetapkan thumbnail untuk artikel yang ditulis, anda boleh klik kotak thumbnail pada panel bahagian kanan dashboard dan pilih gambar yang anda inginkan.

Seterusnya, tetapkan ‘Post Status’ dan ‘Tag’ untuk artikel yang anda tulis. Pastikan anda tekan butang ‘Publish’ atau ‘Save; selepas menyiapkan kesemua artikel anda.



Mudah bukan? Dengan ini, anda dapat mengarang dan menceritakan pengalaman anda mengenai tips dan idea yang anda ketahui dengan lebih efisien di dalam artikel anda bersama kami.

Artikel anda akan diterbitkan di laman Tajria. Anda juga boleh membaca idea dan artikel pengarang lain. Selamat mencuba!

Komen