Untuk raya kali ini, Tajria ingin berkongsi kepada anda 5 jenis kuih raya yang boleh disediakan tanpa menggunakan ketuhar. Ia bukan sahaja mudah, namun juga pantas untuk disediakan sebelum Syawal menjelang.

Coklat Badam

Bagi anda yang menggemari badam dan juga coklat, Coklat Badam adalah salah satu pilihan kuih raya yang boleh anda lakukan di rumah.

Ia hanya memerlukan dua bahan sahaja iaitu;

  1. Badam yang disangai
  2. Coklat Gelap bersama campuran coklat susu yang dicairkan.

Terdapat dua pilihan penyediaan yang boleh anda tampilkan sama ada diletakkan di dalam cawan kertas kecil atau dihidangkan dalam bentuk cookies.


Popia Nestum

Kanak-kanak pastinya menggemari kuih ini kerana dalamnya yang rangup dipadankan bersama rasa manis pada nestum.

Cara penyediaannya juga mudah. Anda hanya perlu menggulungkan kulit popia dan gorengkannya sehingga garing. Selepas itu, gunting popia mengikut saiz yang anda inginkan dan seterusnya gaulkannya bersama nestum dan juga gula icing.


Popia Seaweed

Ia adalah kudapan yang paling mudah untuk disediakan. Bagi anda yang tidak menggemari kuih yang manis dan bercoklat, makanya Popia Seaweed adalah pilihan yang sesuai untuk raya ini.

Apa yang perlu dilakukan adalah anda boleh membentangkan kulit popia dan kemudiannya meletakkan seaweed atau rumpai laut kering di atasnya dan kemudian tambah satu lagi kulit popia. Untuk lekatkannya, anda boleh menggunakan tepung gandum ataupun kuning telur.

Sumber: Cookpad

Biskut Coklat Nestum Oreo

Hidangan kuih lain yang boleh anda cuba adalah Biskut Coklat Nestum Oreo. Bahan yang diperlukan juga mudah iaitu coklat, mentega, nestum dan juga biskut oreo.

Untuk penyediaan kuih ini, anda boleh bentukkannya menjadi bulat seperti bola. Sama ada anda ingin menggunakan oreo sebagai bahan utama ataupun nestum.


Berikut adalah beberapa idea yang boleh anda cuba di rumah dalam meneyediakan kuih raya tahun ini. Selamat mencuba!